27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

1.0 PENGENALAN KEBIMBANGAN DAN KECELARUAN KEBIMBANGAN

Kebimbangan dan kecelaruan kebimbangan adalah sesuatu perkara yang berbeza.

Kebimbangan adalah perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar. Ia merupakan satu perkara

biasa yang dialami dari masa ke semasa. Perasaan ini kadang-kadang membuat kita lebih

bersedia untuk menghadapi keadaan yang tidak diingini. Sebagai contoh situasi sebelum

mengambil ujian. Perasaan ketika itu bimbang dan risau jika tidak dapat menjawab ujian itu

dengan baik.

Contoh selain tu adalah perasaan bimbang yang dialami ketika sebelum membuat keputusan

yang penting. Mungkin situasi ketika itu melibatkan masa hadapan orang lain dan keputusan itu

berada di tangan kita. Ia akan menimbulkan perasaan cemas dan bimbang ketika ingin membuat

keputusan. Hal ini menunjukkan definisi dan contoh tentang kebimbangan. Kebimbangan ini

juga boleh dibendung tanpa memerlukan sebarang rawatan. Perasaan bimbang itu boleh diatasi

dengan melakukan perkara yang kita suka seperti menikmati pemandangan pantai. Dengan

melakukan perkara yang kita suka, ia dapat memberi ketenangan pada diri kita.

Kecelaruan kebimbangan adalah suatu penyakit mental dan penderitaan yang membuatkan

individu tidak dapat meneruskan kehidupan secara normal. Kebimbangan ini boleh

mempengaruhi kerja, sekolah, dan aktiviti harian yang lain. Malah boleh menjadikannya sukar

untuk mendapat dan dijaga kawan. Tetapi gangguan kebimbangan boleh menghalang dan sukar

untuk mencapai potensi individu. Gangguan kebimbangan ini memerlukan rawatan untuk

membendung daripada kesan yang lebih kronik.

92

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!