27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Binge Eating Disorder (BED)

Dikenali sebagai makan secara berlebihan atau memakan makanan yang

jumlahnya tidak normal, dan merasa tidak dapat berhenti makan atau mereka

kehilangan kawalan makannya. Orang yang mengalami gangguan makan ini, tidak

menyekat kalori atau bertingkah laku purging, seperti muntah atau bersenam secara

berlebihan. Gangguan ini akan membawa kepada kenaikan berat badan atau

kegemukan yang tidak diingini. Orang yang makan secara berlebihan ini sering

menggunakan makanan untuk mengatasi masalah atau perasaan negatif. Gangguan

makan ini menyebabkan seseorang itu berasa malu dengan habit pemakanannya yang

melahap. Selepas sahaja seseorang itu melakukan episod ini, mereka akan berasa

bersalah, jijik dan depress dengan diri sendiri.

• Simptom-simpton Binge Eating Disorder :

1. Makan secara berterusan walaupun sudah kenyang dan mereka tidak upaya

untuk berhenti makan atau mengawal apa yang dimakan.

2. Makan secara normal di hadapan orang lain tetapi akan melahap apabila

berseorangan.

3. Rasa kebas (numbness) atau kurang sensasi (sensation) apabila makan secara

berlebihan.

4. Memakan banyak makanan dengan cepat hingga tahap kenyang yang tidak

selesa.

5. Tidak menggunakan tingkah laku purging seperti muntah, penggunaan enema

dan senaman yang berlebihan.

6. Berasa tertekan, malu, jijik, atau bersalah, ketika memikirkan tingkah laku

makan berlebihan.

7. Binge eating berlaku sekurang kurangnya pada purata sekali seminggu dan

berterusan selama 3 bulan.

179

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!