27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pica

Pica adalah satu keadaan baru yang dikenali sebagai gangguan makan oleh

DSM-5. Pica melibatkan individu yang mengidamkan untuk makan bahan bukan

makanan seperti tanah liat, kotoran, tanah, kapur, kertas, kain, dan tahi. Penghidap

pica juga sering makan bahan bukan makanan seperti kotoran dan mungkin bahan

yang melibatkan besi dan zink.Gangguan makanan ini boleh berlaku pada orang

dewasa serta kanak-kanak dan remaja. Namun, gangguan ini lebih sering berlaku

kepada tiga golongan iaitu:

a) Kanak-kanak

Lazimnya, seorang kanak-kanak akan bersifat suka meneroka. Mereka suka

untuk mencuba sesuatu perkara yang baharu dan sering mengambil sesuatu

untuk dimasukkan ke dalam mulut terutamanya kanak-kanak yang masih

kecil. Jika hal ini dibiarkan, ia akan menjadi satu tabiat yang mendorong

kepada pica.

b) Wanita hamil

Seperti yang diketahui umum, wanita hamil sering mengidam untuk makan

sesuatu makanan. Hal ini menjadi masalah jika makanan yang diidamkan itu

merupakan bahan bukan makanan yang boleh mendorong kepada pica. Oleh

kerana itu, ianya perlu dielakkan supaya tidak menjadi tabiat walaupun sudah

tidak hamil.

c) Individu kurang upaya mental

Individu yang mengalami kecacatan mental tidak dapat mengawal diri

mereka. Oleh itu, mereka akan terdorong untuk melakukan sesuatu perkara

luar jangkaan. Jika tidak dikawal dengan rapi, mereka akan mencuba untuk

memakan benda yang selain dari makanan dan ini boleh mendorong kepada

pica.

Tanda-tanda dan simptom-simptom adalah bergantung kepada apa yang individu

tersebut makan. Ianya termasuklah:

185

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!