27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

yang lebih bersifat terbuka dan kurang bersifat pemalu. Perkara ini juga bermaksud individu

yang bersifat introvert iaitu kurang bersosial, lebih berisiko untuk mendapat penyakit GAD ini

daripada individu yang ekstrovert atau yang lebih suka bersosial. Hal ini kerana, individu yang

bersifat pemalu ini suka untuk menyimpan dan memendam segala perasaannya seorang diri. Jadi,

apabila ada perkara yang mengganggu diri dan fikirannya, dia lebih selesa untuk menyimpannya

sendiri dan akhirnya wujudlah andaian-andaian yang negatif.

Mereka akan berasa tertekan dan risau dengan setiap apa yang terjadi kerana mereka

merasakan mereka melalui semuanya seorang diri. Sebaliknya pula dengan individu yang

ekstrovert. Hal ini kerana, individu yang ekstrovert lebih bersifat terbuka dan mudah untuk

berkongsi masalah dan isu-isu yang terjadi dalam hidup mereka kepada orang lain. Individu ini

kurang berasa risau dan tertekan kerana mereka telah berkongsi apa yang dirasai dengan orang

yang dia percaya. Kebiasaannya, individu yang menjadi pendengar mereka adalah seorang yang

mudah memahami dan dipercayai untuk merek kongsikan masalah.

Akhir sekali, punca GAD juga adalah disebabkan oleh faktor persekitaran. Faktor

persekitaran seperti penganiayaan fizikal, seksual atau emosi juga meningkatkan risiko terkena

GAD yang berlaku akibat daripada pengalaman traumatik. Contoh pengalaman traumatik adalah

penceraian, penyakit atau kematian dalam keluarga. Apabila seseorang individu diceraikan,

mereka cenderung merasakan bahawa dirinya tidak menarik dan tidak berguna. Mereka

merasakan punca mereka diceraikan adalah kerana mereka tidak cantik. Perkara ini seterusnya

menyebabkan mereka bimbang dan takut untuk merasai alam perkahwinan lagi. Hal ini akan

menyebabkan mereka tidak akan kahwin lagi sehingga tua dan mereka juga sudah tidak ingin

bercinta lagi kerana bimbang perkara yang sama akan berulang lagi.

Bagi isu kematian pula, seseorang individu akan berasa sangat sedih apabila kehilangan

orang yang mereka sayangi disebabkan oleh kematian. Individu ini cenderung akan mendapat

penyakit mental yang lain seperti kemurungan. Kesedihan berterusan yang dirasai menyebabkan

dirinya akhirnya murung. Hal ini akan menyebabkan mereka menjadi sangat melindungi dan

mengongkong sesiapa sahaja yang mereka sayangi. Mereka akhirnya jadi begini kerana

kebimbangan yang berterusan dan berlebihan orang yang mereka sayangi akan meninggalkan dia

lagi. Perkara ini juga menunjukkan bahawa penyakit perubatan kronik atau gangguan kesihatan

mental yang lain boleh meningkatkan risiko mendapat GAD.

95

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!