27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3.0 PREVALENS KECELARUAN KEBIMBANGAN

Laporan dari World Health Organisation (WHO) menyatakan prevalens kecelaruan

kebimbangan di seluruh dunia adalah kira-kira 3.6% daripada populasi umum. Laporan dari

Asean Mental Health System menyatakan prevalens kecelaruan kebimbangan adalah 1.7% di

negara-negara di asean. Laporan dari Malaysian Mental Healthcare Performance menyatakan

prevalensi untuk penduduk di Malaysia adalah sebanyak 1.7% untuk umur 16 tahun dan keatas.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua orang pernah merasa cemas atau mengalami kebimbanga sama

ada dalam keadaan yang serius atau kurang serius. Hal ini adalah demikian kerana perasaan ini

adalah merupakan perasaan semula jadi manusia. Contohnya seperti anda merasa gementar

ketika menghadapi sesuatu masalah sama ada di tempat kerja, sebelum mengambil ujian atau

ketika membuat keputusan penting.

Kebimbangan ini adalah merupakan salah satu penyakit mental dan penderitaan yang

dapat ditimbulkan membuatkan anda tidak dapat meneruskan kehidupan secara normal. Ia

melibatkan faktor biologi, psikologi dan sosial yang menyumbang kea rah pembentukan dan

pemeliharaan gangguan kecemasan (patalogi). Pelbagai gangguan kecemasan, hipotesis dan

rawatan yang berkaitan telah dikaji. Rawatan gangguan kecemasan didasarkan pada asas saintifik

yang kuat, yang berakar pada kajian oleh pakar dari pelbagai bidang.

Pelbagai faktor biologi, sosial, dan psikologi yang menyebabkan gangguan kecemasan

telah dikaji. Banyak faktor biologi, sosial, dan psikologi yang menyebabkan gangguan

kecemasan telah dikaji. Penyelidikan yang besar ini telah menyumbang kepada perkembangan

pelbagai rawatan berdasarkan empirik yang terbukti sangat berjaya. Kesannya berjuta orang di

dunia ini telah dapat menjalani kehidupan normal setiap hari.

123

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!