27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2.6.4 Kesan Kecelaruan Kebimbangan Perpisahan

Terdapat beberapa kesan jangka panjang yang boleh dimiliki oleh individu yang mengalami

kecelaruan kebimbangan perpisahan jika mereka tidak mendapatkan rawatan dengan baik.

Antara kesan yang akan dialami ialah pengasingan sosial. Individu yang mengalami kecelaruan

kebimbangan perpisahan ini akan cenderung untuk menyendiri dan menjauhkan diri mereka

daripada bersosial dengan orang lain. Hal ini kerana, mereka berasa lebih selesa bertindak

sedemikian daripada perlu berhadapan dengan orang lain yang cenderung untuk menyebabkan

kebimbangan mereka menjadi lebih teruk..

Seterusnya, individu yang mengalami kecelaruan kebimbangan perpisahan ini akan

menghadapi ketidakupayaan untuk mengekalkan pekerjaan mereka. Hal ini kerana, mereka

sering tidak datang ke tempat kerja kerana takut meninggalkan rumah dan orang yang mereka

sayang. Perkara ini menyebabkan mereka akan diberhentikan kerja kerana tidak dapat melakukan

pekerjaannya dengan baik. Selanjutnya, apabila mereka tidak dapat mengekalkan pekerjaan

mereka, mereka akan mengalami masalah kewangan akibat daripada tidak bekerja kerana mereka

tiada sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Hal ini akan mengakibatkan mereka

menghadapi kesulitan membeli makanan, pakaian dan mempunyai tempat tinggal kerana tidak

mempunyai duit.

Selain itu, individu yang menghadapi kecelaruan kebimbangan perpisahan ini juga akan

menghadapi peningkatan konflik dalam hubungan interpersonal mereka. Sebagai contoh, mereka

akan sering salah faham dan bergaduh dengan kawan sekerja dan rakan sekelas di tempat belajar.

Hal ini kerana, mereka cenderung untuk tidak melakukan kerja dengan baik kerana atas sebab

tidak boleh fokus dengan pekerjaan yang dilakukan. Jadi, apabila kerja yang dilakukan sangat

cincai, orang lain yang akan mendapat kesusahan akibat diri mereka dan inilah yang

menyebabkan mereka bergaduh dengan rakan sekerja.

Kesan lain yang akan dialami oleh individu yang mengalami kecelaruan kebimbangan

perpisahan ini adalah perkembangan keadaan kesihatan mental yang lain. Sebagai contoh,

individu yang sering bimbang untuk berpisah dengan orang yang mereka sayang ini juga akan

mendapat kemurungan atas sebab terlalu lama bersedih memikirkan perpisahan yang telah

berlaku atau mungkin akan berlaku.

120

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!