27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Akhir sekali, bagi prevalens untuk orang dewasa pula, kecelaruan kebimbangan perpisahan

tidak dikaji dengan baik pada orang dewasa seperti pada kanak-kanak. Sejak diakui sebagai

gangguan yang terjadi pada orang dewasa, anggaran prevalens kecelaruan kebimbangan

perpisahan menjadi berbeza-beza. Beberapa kajian menganggarkan bahawa kira-kira 0.9-1.9%

orang dewasa mengalami gangguan kebimbangan perpisahan, sementara yang lain

menganggarkan bahawa ia mempengaruhi sekitar 6.6% orang dewasa. Gangguan kebimbangan

perpisahan lebih kerap berlaku pada orang yang pernah mengalami kejadian traumatik. Hal ini

kerana, kejadian traumatik yang kebiasaannya berlaku semasa mereka kanak-kanak telah

menyebabkan mereka mempunyai satu pemikiran yang negatif apabila berpisah dengan orang

lain lebih-lebih lagi orang yang mereka sayang.

2.6.2 Punca Kecelaruan Kebimbangan Perpisahan

Punca kecelaruan kebimbangan perpisahan ini terbahagi kepada 6. Punca yang pertama ialah

faktor genetik. Bagi faktor genetik, seorang kanak-kanak lebih cenderung untuk mendapat

kecelaruan kebimbangan perpisahan jika ibu bapa dan saudara-mara mereka mengalaminya.

Punca kedua ialah faktor persekitaran. Bagi faktor persekitaran, perubahan persekitaran,

seperti keadaan rumah baru, sekolah, atau jagaan harian juga boleh mencetuskan kecelaruan

kebimbangan perpisahan. Hal ini kerana, apabila seorang kanak-kanak perlu bertemu dengan

orang baru dan perlu berpisah seperti pindah sekolah, mereka akan bimbang untuk dapat kawan

baru di tempat baru. Oleh sebab itu, mereka sukar untuk berpisah daripada sekolah dan

kawan-kawan sedia ada dan ini menimbulkan kecelaruan kebimbangan perpisahan.

Punca ketiga pula ialah faktor biologi. Faktor biologi untuk kecelaruan kebimbangan

perpisahan ini berkait rapat dengan ketidakseimbangan bahan dalam otak. Ketidakseimbangan 2

bahan kimia dalam otak iaitu norepinefrin dan serotonin menyebabkan proses pertukaran kimia

dalam otak terganggu. Hal ini akan turut menyebabkan gangguan dari segi perasaan yang mana

mereka cenderung menjadi bimbang tanpa sebab.

Punca yang keempat pula ialah trauma. Kejadian traumatik seperti mengalami beberapa

jenis peristiwa yang melibatkan perpisahan. Contoh kejadian traumatik ialah kehilangan ibu bapa

yang disayangi akibat kematian mereka. Kejadian-kejadian traumatik ini telah telah

117

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!