27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Bulimia Nervosa

Bulimia Nervosa merupakan satu daripada masalah mental yang berkaitan

dengan pemakanan yang serius dan boleh mengancam nyawa. Individu yang

mempunyai masalah ini akan menghadapi dua episod gangguan makan di mana

mereka akan makan terlalu banyak dalam keadaan tidak terkawal dan kemudian cuba

menghilangkan kalori dengan cara yang tidak sihat. Individu yang mempunyai

Bulimia Nervosa akan cuba mengurangkan berat badan dengan cara memuntahkan

kembali makanan, makan ubat penghadaman, diet dan senaman yang melampau.

Menurut DSM-5 terdapat beberapa simptom untuk penghidap Bulimia Nervosa

antaranya ialah :

1. Individu akan menghadapi episod binge eating. Binge adalah satu masalah

bila anda makan berlebihan dan tidak dapat mengawal apa yang anda makan

pada satu-satu masa. Binge bermaksud makan secara gelojoh dan tanpa

kawalan.

2. Individu akan menghadapi episod menghilangkan kalori secara melampau.

3. Berlaku sekurang - kurangnya sekali seminggu selama 3 bulan.

4. Berlaku bukan disebabkan penilaian terhadap bentuk atau berat badan.

Bulimia Nervosa akan memberikan kesan negatif seperti kekurangan nutrisi

dalam badan, kerosakkan buah pinggang, masalah jantung dan masalah penghadaman.

Individu juga akan menghadapi masalah keyakinan diri, kerisauan dan kemurungan.

Individu yang menghidap Bulimia Nervosa boleh mendapatkan bantuan melalui

sesi kaunseling seperti terapi tingkah laku. Individu juga boleh menerima terapi

ubat-ubatan sekiranya masalah mereka sudah berada pada tahap yang teruk. Rawatan

hospital juga disediakan untuk membantu pesakit.

181

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!