27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pakar-pakar professional boleh menggunakan pelbagai jenis teknik dalam CBT. Teknik

pertama yang boleh digunakan adalah dengan mendorong klien untuk mengenali perbezaan

antara kebimbangan produktif dengan yang tidak produktif. Contoh kebimbangan yang produktif

adalah kebimbangan yang meningkatkan motivasi dalam diri kita untuk melakukan sesuatu

dengan lebih baik daripada sebelum ini. Seperti dalam situasi yang seseorang dikritik di tempat

kerjanya, individu yang bimbang akan diberhentikan kerja ini boleh mendapat motivasi untuk

melakukan pekerjaan seterusnya dengan lebih baik apabila kebimbangan produktif yang dirasai.

Contoh bagi kebimbangan yang tidak produktif pula adalah suatu kebimbangan yang

membuatkan seseorang terus hilang harapan dan motivasi untuk melakukan sesuatu dengan lebih

baik. Seperti dalam situasi tadi, individu ini terus bertingkah laku menjauhkan diri daripada

orang lain kerana kebimbangan tidak produktif yang dirasai menyebabkan dirinya kurang

bermotivasi.

Selain itu, pakar-pakar professional seperti kaunselor boleh membantu klien bagaimana

melepaskan kebimbangan dan menyelesaikan masalah. Mereka boleh mengajar dengan cara

membina hubungan dengan klien supaya klien lebih percaya kepada kaunselor dan boleh

berkongsi segala isu yang dihadapinya. Dengan cara ini, klien akan berasa lebih tenang kerana

telah melepaskan kebimbangannya dengan meluahkan kepada kaunselor. Selanjutnya, pakar

professional boleh membantu klien cara menggunakan teknik relaksasi dan pernafasan

terutamanya bagi relaksasi otot untuk mengawal pernafasan dengan baik. Hal ini kerana, bagi

individu yang mengalami GAD, mereka akan sering mengalami kesakitan otot kerana

kebimbangan yang melampau sehingga menyebabkan mereka kurang mendapat rehat dan

menenangkan diri sendiri.

Seterusnya, CBT dapat disampaikan secara langsung dalam pelbagai bentuk seperti terapi

individu, terapi berkumpulan ataupun terapi dalam talian (e-terapi). Jadi, untuk individu yang

mengalami GAD ini, mereka mudah mendapatkan rawatan di mana-mana sahaja. Mereka hanya

perlu mendapat kesedaran untuk pergi menerima rawatan bagi penyakit GAD-nya ini. Jika

individu yang mempunyai GAD ini membiarkan sahaja penyakitnya ini, ia akan lebih

menyukarkan mereka untuk menjalani kehidupan seharian secara efektif. Selain itu, CBT ini

sering digabungkan dengan terapi tingkah laku tetapi pendekatan yang digunakan daripada

kedua-dua terapi ini adalah sama sekali tidak serupa.

105

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!