27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

bersesuaian dengan konteks sosiobudaya. Kriteria diagnostik yang kelima ialah ketakutan,

kegelisahan, atau penghindaran yang berterusan yang dilakukan oleh individu berlangsung

selama 6 bulan atau lebih. Kriteria diagnostik yang keenam ialah ketakutan, kegelisahan, atau

penghindaran menyebabkan individu mengalami tekanan yang sangat tinggi, mengalami

kemerosotan dalam hubungan bersosial, pelajaran atau pekerjaan dan mengalami kemerosotan

dalam kefungsian diri yang penting dalam kehidupan. Akhir sekali, gangguan yang dialami tidak

dapat dijelaskan dengan lebih baik oleh simptom gangguan mental yang lain, termasuk ketakutan

atau kegelisahan.

2.5.5 Rawatan fobia spesifik

Terdapat dua jenis rawatan fobia spesifik iaitu Cognitive Behavioral Therapy (CBT) dan

ubat-ubatan. Cognitive Behavioral Therapy (CBT) merupakan rawatan yang melibatkan fokus

pada pemikiran dan pengaruhnya terhadap tingkah laku dan perasaan. Terapi ini memfokuskan

pada perubahan pemikiran negatif dan kepercayaan yang tidak berfungsi untuk mengubah reaksi

terhadap rangsangan fobia yang dialami.

Jenis rawatan yang kedua ialah ubat-ubatan. Dalam beberapa kes, ahli psikologi yang

berkelayakan boleh memutuskan bahawa ubat-ubatan perlu digunakan seiring dengan rawatan

CBT. Ianya digunakan apabila terapi yang dijalankan tidak memberi kesan dan cadangan akan

diberikan untuk mendapatkan hasil yang lebih efektif. Antara ubat yang digunakan ialah

Anti-depress seperi Zoloft, Prozac dan Celexa. Selain itu ubat Anti-anxiety juga turut digunakan

bagi menenangkan emosi dan mengawal reaksi fizikal individu yang mengalami fobia spesifik.

115

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!