27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

4.1.4 Kriteria untuk gangguan bipolar

Bagi kriteria untuk gangguan bipolar, pakar psikiatri akan membandingkan gejala atau

simptom yang dialami oleh pesakit dengan kriteria gangguan bipolar yang telah disenaraikan di

dalam buku Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-V) yang diterbitkan oleh

Persatuan Psikiatri Amerika (APA).

4.2 Cara diagnosis gangguan bipolar dalam kalangan kanak-kanak dan remaja

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja pula amat sukar untuk mengenalpasti simptom atau

gejala bagi gangguan bipolar. Hal ini terjadi disebabkan oleh simptom yang ditunjukkan adalah

seakan-akan sama dengan gangguan ADHD atau nama sebenar gangguan ini ialah

attention-deficit hyperactivity disorder. Mereka mungkin mengalami episod kemurungan, manik

dan hipomanik namun coraknya sedikit berbeza daripada orang dewasa yang mengalami

gangguan bipolar. Selain itu, terdapat juga beberapa orang kanak-kanak yang mungkin

mengalami tempoh bagi episod tertentu tanpa menujukkan sebarang perubahan pada mood

mereka. Simptom yang paling ketara yang dapat dilihat pada golongan kanak-kanak dan remaja

ialah berlaku perubahan mood yang teruk dan ianya berbeza daripada perubahan mood mereka

yang biasa. Kebiasaannya kanak-kanak yang menunjukkan simptom ini akan diberi rawatan

sebagai pesakit ADHD dahulu oleh doktor. Namun sekiranya simptom tersebut tidak mempunyai

tindak balas dengan ubat-ubatan bagi penyakit ADHD, maka kanak-kanak tersebut akan dirujuk

kepada pakar psikiatri untuk menerima rawatan selanjutnya. Berikut merupakan antara simptom

yang mungkin ditujukkan oleh golongan kanak-kanak dan remaja :-

• Hiperaktif

• Menunjukkan tingkah laku agresif

• Sukar mengawal emosi

• Bersikap impulsif

• Menunjukkan kesedihan atau kemurungan

• Bertindak terlalu bodoh dengan cara yang tidak sesuai dengan watak

60

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!