27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

4.0 GANGGUAN STRESS PASCATRAUMA (POST TRAUMATIC STRESS

DISORDER)

4.1 PENGENALAN

Gangguan stres pascatrauma ataupun PTSD adalah keadaan mental dimana seseorang itu

akan sering mengalami serangan panik yang disebabkan oleh trauma yang dialaminya

melalui pengalaman masa lalu. Mengalami kejadian yang traumatik adalah sesuatu perkara

yang sangat berat bagi setiap insan. Namun sejumlah orang yang menghidap PTSD setelah

mengalami peristiwa yang menyakitkan atau mengejutkan seperti kecederaan, peristiwa yang

mengancam nyawa atau sesuatu peperangan yang memberikan kesan yang mendalam dalam

ingatan seseorang itu. Apabila mengingati perkara yang trauma ini, ia akan mempengaruhi

kehidupan seseorang itu. Agak sukar bagi seseorang untuk menyesuaikan diri dan

menerima perubahan selepas kejadian yang traumatik tersebut. Bagi seseorang yang

mengalami PTSD seseorang itu akan cenderung mengalami kecelaruan emosi yang

berpanjangan serta mengalami gangguan secara tiba-tiba. PTSD adalah digolongkan dalam

keadaan yang umum. Gangguan stres pascatrauma umumnya lebih banyak mempengaruhi

wanita daripada lelaki kerana kebanyakkan wanita lebih sensitif terhadap sesuatu perubahan

berbanding dengan lelaki. Ini telah menyebabkan mereka cenderung untuk mengalami emosi

yang sangat mendalam dalam sesuatu kes seperti trauma ini. Keadaan dalam PTSD ini dapat

mempengaruhi pesakit yang menghidapnya dalam usia muda terutama kanak-kanak. PTSD

boleh diatasi dengan mengharungi pelbagai faktor yang berisiko.

151

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!