27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3.4 PERKEMBANGAN

Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5), perkembangan

kanak-kanak DSED akan berlaku sekiranya mereka mempunyai gejala berikut seperti

merasakan kegembiraan yang melampau, kurangnya untuk bertemu atau berinteraksi dengan

orang asing atau orang dewasa yang tidak dikenali. Selain itu, kadang kala tingkah laku

dengan orang asing juga terlalu ramah atau fizikal yang tidak sesuai dengan usianya.

Kanak-kanak DSED juga menghadapi risiko peningkatan bahaya daripada orang lain kerana

kesediaan mereka untuk berhubung dengan orang asing yang terlalu terbuka sehingga

mendatangkan bahaya terhadap dirinya.

Perkembangan DSED akan berlaku di dalam diri kanak-kanak sekiranya kanak-kanak

menghadapi kematian salah satu atau kedua ibu bapa, dibesarkan oleh ibu bapa yang

mempunyai sejarah penyalahgunaan bahan seperti dadah dan penderaan seksual awal berlaku

dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak tersebut takut dan trauma untuk bercakap dengan

golongan dewasa dan mereka mengambil keputusan untuk hidup di dalam dunianya sendiri.

Sebilangan kanak-kanak mempunyai keperibadian yang semula jadi seperti mudah

mendekati orang dewasa lain dan terlalu bersemangat ketika berkawan dengan orang dewasa

yang tidak dikenali walaupun mereka baru berjumpa. Mereka berkawan dengan semua jenis

dan lapisan masyarakat tanpa menghiraukan keselamatan dirinya

3.5 KESAN KEPADA KEFUNGSIAN

Seperti Gangguan Lekapan Reaktif, Gangguan Penglibatan Sosial yang Disekat juga

berlaku disebabkan oleh faktor persekitaran iaitu pengabaian dalam kalangan kanak-kanak.

Kerentanan neurobiologi dapat membezakan kanak-kanak yang diabaikan yang menghidapi

dan tidak menghidapi gangguan tersebut. Namun, tiada kaitan yang jelas dengan faktor

neorobiologi tertentu. Gangguan ini tidak dapat dikenal pasti pada kanak-kanak yang

mengalami pengabaian sosial, ianya akan dikenalpasti hanya setelah kanak-kanak mencapai

umur 2 tahun. Prognosis hanya berkaitan dengan kualiti persekitaran pengasuhan setelah

pengabaian serius.

Dalam kebanyakan kes, gangguan itu berterusan, bahkan pada kanak-kanak yang

persekitaran pengasuhannya bertambah baik. Kualiti pengasuhan yang baik dapat

mengurangkan daripada berlakunya gangguan ini. Walaupun begitu, walaupun setelah

ditempatkan di lingkungan pengasuhan yang normal, beberapa kanak-kanak menunjukkan

tanda-tanda gangguan yang berterusan, sekurang-kurangnya melalui fasa remaja. Kesannya,

149

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!