27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Seterusnya, dengan wujudnya masalah mental yang lain disebabkan oleh kecelaruan

kebimbangan perpisahan ini, perkara ini boleh membawa kepada masalah penyalahgunaan bahan

atau ketagihan. Contoh masalah penyalahgunaan bahan atau ketagihan yang kebiasaannya

dialami adalah ketagihan kepada dadah dan ganja. Akhir sekali, kesan yang boleh berlaku

kepada individu yang mengalami kecelaruan kebimbangan perpisahan ini adalah mempunyai

pemikiran dan percubaan untuk bunuh diri. Hal ini berlaku kerana mereka merasakan tiada lagi

gunanya mereka hidup di dunia ini jika perlu berpisah dengan orang yang mereka sayangi.

2.6.5 Rawatan Kecelaruan Kebimbangan Perpisahan

Terdapat 3 jenis rawatan psikoterapi yang sesuai dan berkesan dalam merawat kecelaruan

kebimbangan perpisahan. 3 jenis rawatan psikoterapi ini adalah Cognitive Behavioral Therapy

(CBT), Terapi Keluarga dan Terapi Permainan. Mari kita lihat satu persatu bagaimana

rawatan-rawatan psikoterapi ini membantu individu yang mengalami kecelaruan kebimbangan

perpisahan ini. Melalui CBT, kanak-kanak belajar bagaimana mengenali perasaan cemas dan

tindak balas fizikal mereka terhadap pemikiran cemas. Mereka belajar mengenal pasti pencetus

dan corak pemikiran yang menyumbang kepada perasaan gelisah mereka. Apabila mereka

dapat mengetahui pencetus bagi kecelaruan kebimbangan perpisahan yang dialami, mereka boleh

mencari rawatan terbaik yang boleh dilalui untuk memastikan mereka dapat sembuh daripada

gangguan ini. Melalui pelbagai teknik yang ada dalam CBT, individu boleh belajar strategi untuk

mengurus pemikiran dan perasaan bimbang mereka. Mereka juga akan diajar cara yang yerbaik

untuk mengatasi dan mengawal emosi mereka.

Bagi rawatan psikoterapi yang kedua iaitu Terapi Keluarga, dengan memasukkan ibu bapa

dan ahli keluarga yang lain ke dalam proses rawatan dalam terapi keluarga, ia dapat

meningkatkan hasil yang baik bagi rawatan kepada anak-anak. Dalam terapi keluarga, ibu bapa

dan ahli keluarga dapat mempelajari cara-cara baru dan cara yang paling sesuai untuk

berinteraksi dengan anak yang mengalami kecelaruan kebimbangan perpisahan ini. Selepas

mempelajari cara yang berkomunikasi yang terbaik, ibu bapa boleh menggunakan corak tingkah

laku yang sesuai kepada mereka. Ibu bapa dan ahli keluarga ini juga dapat mempelajari strategi

yang berguna untuk menolong anak ketika kebimbangan meningkat.

121

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!