27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

mengalami gangguan bipolar akan tidur terlalu lama pada malam hari atau mereka

akan tidur yang berlebihan pada siang hari. Pola tidur yang tidak teratur ini

sebenarnya sangatlah tidak baik kerana boleh menjadi penyebab kepada seseorang

untuk mendapat serangan mania atau kemurungan. Oleh itu, seseorang yang ingin

mendapatkan pola tidur yang teratur boleh mencuba dengan cara menentukan waktu

untuk tidur dan bangun dengan baik seperti menggunakan jam sebagai penggerak.

Seseorang juga perlu aktif dalam menjalani kehidupan harian dengan pelbagai aktiviti

supaya diri dapat lebih berdisiplin untuk mengikut jadual tidur yang telah ditetapkan.

Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang akan lebih pasif di malam hari setelah

tubuh badan penat dengan pelbagai aktiviti di siang hari. Maka, seseorang akan lebih

mudah untuk dapatkan tidur yang awal di malam hari serta bangun awal pada esok

harinya.

c) Mengambil pemakanan yang seimbang

Bagi mencegah daripada diserang gangguan bipolar, seseorang perlulah

mengamalkan pemakanan yang seimbang. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan

pemakanan seseorang akan mempengaruhi mood seseorang. Sebagai contoh, paras

gula dalam darah yang stabil mampu menstabilkan mood seseorang. Manakala, coklat,

kafien dan makanan tinggi karbohidrat mampu merosakan mood seseorang.

d) Berfikiran positif

Seseorang yang ingin atasi gangguan bipolar juga perlulah sentiasa berfikiran positif

serta tidak membiarkan diri dibelenggu dengan perkara-perkara yang remeh. Hal ini

dikatakan demikian kerana pemikiran yang tidak baik seperti terlalu “overthinking”

hanya akan merosakkan mood seseorang. Apabila berlaku sesuatu masalah tetapi

selalu diperbesar-besarkan hanya akan mengganggu diri sendiri sehingga tidak

mampu untuk berfikir secara rasional dan seolah-olah tiada jalan untuk keluar dari

masalah tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap orang tidak akan dapat lari

dari masalah dalam menjalani kehidupan harian. Namun begitu, untuk mengelakkan

diri dari tertekan kita perlulah bijak dalam menangani masalah yang timbul dengan

cuba berfikiran positif supaya otak kita dapat berfungsi dengan baik untuk berfikir.

62

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!