27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

b. Gangguan kecemasan (panic disorder)

Gangguan kecemasan ini ialah sekelompok penyakit yang boleh menyebabkan seseorang

individu berasa dalam situasi gelisah, berdebar, risau dan juga ketegangangan otot yang

berlebihan tanpa sebab yang munasabah. Hal ini dikatakan demikian kerana, individu cenderung

untuk berasa gelisah, jantung berdebar, berpeluh, mudah tersinggung, mempunyai perasaan risau

yang kuat sehingga boleh mengganggu aktiviti harian. Sebagai contoh, individu yang mengalami

gangguan kecemasan akan menghadapai masalah terutama dalam aspek sosial. Hal ini dikatakan

demikian kerana, individu yang menghadapi gangguan kecemasan ini mudah tersinggung dan

berfikiran negatif terhadap orang sekelilingnya. Di samping itu, dalam pekerjaan pula mereka

tidak dpat bekerja sekiranya perasaan bimbang, gelisah, jantung berdebar secara tiba-tiba. Oleh

itu, keadaan ini akan mengganggu aktiviti harian individu.

c. Berada dalam keadaan tertekan dalam jangka masa lama

Seterusnya, jika seseorang individu berada dalam keadaan tertekan yang terlalu lama, ia

juga boleh mengakibatkan seseorang itu cenderung untuk menghidap gangguan bipolar disorder.

Sebagai contoh, individu yang berasa sunyi dan tertekan apabila kematian orang yang disayangai

atau individu tersebut menghadapi trauma yang teruk sehingga menyebabkan beliau tertekan

dalam jangka masa yang lama. Faktor persekitaran sebegini akan mengganggu aktiviti harian

individu serta kehidupan individu kerana beliau hilang tempat bergantung serta tertekan dengan

kejadian traumatik yang pernah dialami yang sentiasa bermain di fikiran.

d. Penyalahgunaan dadah atau alkohol

Di samping itu, penyalahgunaan dadah atau alkohol juga merupakan faktor persekitaran

yang boleh menyebabkan individu menghidap penyakit bipolar disorder. Hal ini demikian kerana,

penyalahgunaan dadah dan alkohol secara berlebihan boleh mendatangkan kesan buruk kepada

individu. Ianya boleh menjejaskan kesihatan mental dan juga fizikal kerana mempunyai tahap

kebergantungan kepada bahan kimia yang tinggi. Individu yang terlibat dengan dadah dan

alkohol secara berlebihan akan berasa malas untuk bekerja sekiranya mereka tidak dapat

mengambil alkohol dan dadah tersebut. Mereka akan dibuang kerja serta tidak mempunyai

pendapatan. Hal ini boleh menyebabkan individu tersebut menghadapai tekanan dalam

kehidupan yang boleh menyebabkan individu cenderung untuk menghadapi bipolar disorder.

55

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!