27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2.0 JENIS-JENIS KEMURUNGAN

Kemurungan secara umumnya, mempunyai pelbagai jenis daripada

sebab-sebab yang berbeza. Namun menurut DSM-IV, hanya Kecelaruan Kemurungan Major

atau dikenali sebagai Major Depression Disorder (MDD) sahaja yang klinikal dan diagnosis

secara lebih terperinci. Manakala jenis-jenis kemurungan lain adalah disebabkan oleh

peristiwa yang berlaku dalam hidup pesakit tersebut. Kemurungan-kemurungann lain adalah

seperti Kemurungan Tahan Rawatan, Kemurungan Subsindromal, Kecelaruan Kemurungan

Berterusan (PDD), Kecelaruan Disforia Prahaid (PMDD), Kemurungan Bipolar atau Manik,

Kemurungan Pascapartum, Kelaruan Afektif Bermusim (SAD), Kecelaruan Mood Cetusan

Bahan, Kemurungan Psikotik, dan Kemurungan Akibat Sakit.

perlu diketahui:

Berikut merupakan penerangan bagi setiap jenis-jenis kemurungan yang

a. Kecelaruan Kemurungan Major (Major Depression Disorder –MDD):

Ini merupakan kemurungan utama, unipolar dan klinikal. Bagi pesakit yang

mengalami MDD, mereka akan mengalami lima simptom yang berterusan selama dua

minggu atau lebih. Antara simptom yang perlu ada bagi menentukan sama ada individu itu

mengalami MDD atau tidak ialah rasa sedih, kekosongan, tidak berguna, putus asa, rasa

bersalah, sentiasa berfikir tentang kematian, dan hilang selera makan. Mereka yang

mengalami lima atau lebih simptom akan didiagnosis sebagai pesakit MDD. Kebanyakan

kes MDD masih boleh dirawat dan dikawal dengan pengambilan ubat anti depresi

mengikut dos yang ditentukan oleh doktor. MDD juga turut dibahagikan kepada dua

kategori kemurungan iaitu Kemurungan Atipikal dan Kemurungan Melankolia.

Kemurungan Atipikal lebih berisiko dialami oleh golongan remaja. Pesakit

akan cenderung untuk tidur dan makan dengan banyak. Selain itu, mereka juga selalu

beremosi dan berasa sangat cemas dalam kebanyakan masa. Manakala Kemurungan

Melankolia pula, berisiko dialami oleh warga tua. Tidur mereka akan seringkali terganggu

dan lebih cenderung untuk merasa bersalah yang berlebihan.

b. Kemurungan Tahan Rawatan:

Kemurungan ini tidak bertindak balas terhadap sebarang rawatan. Sebagai

contoh, ubat anti depresan yang selalu digunakan bagi mengawal kemurungan dan

menenangkan pesakit tidak akan bertindak balas pada pesakit yang mengalami

71

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!