27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kecelaruan paralifik ini adalah keinginan seksual yang

menyimpang daripada keinginan seksual manusia yang normal. Individu yang mempunyai

kecelaruan ini mempunyai nafsu yang kuat terhadap objek yang tujuannya adalah bukan ke arah

aktiviti seksual. Ianya merupakan kelakuan luar normal dan sememangnya tidak dapat diterima

dalam masyarakat atau sesuatu lingkungan sosial. Sebagai contoh, seseorang individu itu

mempunyai nafsu seksual terhadap sebuah kerusi yang tidak hidup dan melakukan aktiviti

seksual yang tidak normal terhadap objek itu. Seterusnya, terdapat juga individu yang

mempunyai keinginan terhadap haiwan seperti seekor ikan pari, seperti yang dinyatakan dalam

sebuah akhbar di luar negara, beberapa tahun yang lalu. Individu yang mempunyai keinginan

yang luar normal ini dapat memenuhi nafsu seksual mereka dan mencapai kepuasan yang

maksimum. Agak sukar untuk mengesan mereka yang menghadapi kecelaruan ini kerana

rata-ratanya mereka ialah seorang yang pendiam dan tidak suka bersosial. Fantasi yang dialami

oleh golongan ini adalah luar daripada jangkaan fantasi manusia biasa. Individu yang tidak dapat

melampiaskan nafsu seksual mereka ini akan sentiasa berasa resah kerana tidak dapat mengawal

keinginan mereka. Oleh itu, mereka sentiasa mencari jalan dan cara untuk memenuhi tahap

kepuasan yang diingini.

Aktiviti seksual adalah secara umumnya bertujuan untuk menunjukkan hubungan kasih

sayang dan keintiman antara seseorang individu dengan individu lain yang berlainan jantina.

Pasangan ini akan dapat menyalurkan keinginan seks mereka ke arah tujuan yang betul dan

normal, seperti pasangan-pasangan yang lain. Aktiviti seksual ini juga dapat mengeratkan lagi

hubungan kasih sayang antara pasangan terutama mereka yang baru sahaja berkahwin. Selain itu,

mereka juga dapat meredakan tekanan yang dihadapi dan masih mampu menjalani kehidupan

sosial mereka seperti biasa. Namun, jika aktiviti seksual yang dihadapi oleh individu itu

menyakitkan atau mendatangkan kecederaan, serta menganggu kefungsian individu dalam

menghadapi kehidupan seharian mereka, ianya akan dianggap sebagai gangguan paralifik

Pasangan yang kepada mereka yang menghadapi kecelaruan ini akan merasakan bahawa diri

mereka hanyalah objek pemuas nafsu samata-mata dan akan meninggalkan individu tersebut.

Kesannya, parafilia ini akan menghadapi masalah dalam kehidupan sosial mereka.

208

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!