27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rumination Disorder

Rumination Disorder adalah masalah tingkah laku yang jarang - jarang berlaku.

Ia kerap berlaku kepada kanak-kanak dan beberapa orang dewasa. Sindrom

Rumination menyebabkan regurgitasi makanan yang baru dimakan dan ianya berlaku

secara automatik. Seseorang yang mempunyai masalah ini akan makan makanan

secara normal tetapi setelah kira-kira 1 atau 2 jam, makanan yang tidak dicerna masuk

kembali ke mulut dari saluran makanan (esofagus). Penghidap Rumination Disorder

akan menelan kembali makanan yang tidak dicerna atau memuntahkannya. Hal ini

selalunya berlaku pada setiap hidangan yang dimakan. Ruminasi adalah tindakan

refleks yang tidak boleh dikawal.

Sindrom Rumination adalah masalah yang jarang berlaku dan mungkin tidak

didiagnosis kerana disalah anggap sebagai masalah lain. Berdasarkan DSM-5, antara

simptom bagi Rumination Disorder ialah :

1. Regurgitasi yang berlaku selama sekurang - kurangnya satu bulan.

2. Makanan yang dimakan tanpa dapat dikawal akan masuk kembali ke mulut

dan akan dimuntahkan atau ditelan kembali.

3. Masalah bukan berpunca daripada pengambilan ubat - ubatan.

Masalah Rumination dapat diatasi dengan cara berjumpa kaunselor, doktor

psikiatri atau psikologis. Penghidap penyakit ini akan diberikan rawatan terapi

tingkah laku. Mereka akan diajar tentang teknik bernafas dan diterangkan tentang

simptom awal sebelum regurgitasi berlaku supaya mereka dapat mengawalnya

daripada terjadi.

182

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!