27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

1.6 PERKEMBANGAN (RAWATAN)

Terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk menangani kecelaruan kognitif-neuro ini.

Contohnya, terapi pemulihan kognitif. Terapi ini memberi tumpuan terhadap proses

pembelajaran semula kemahiran kognitif yang telah hilang dengan tujuan untuk membantu

individu dalam menguruskan rutin setiap hari. Hal ini demikian kerana kecelaruan

kognitif-neuro sangat menjejaskan kemahiran kognitif pesakit. Buat masa ini, masih belum

ada lagi ubatan yang disyorkan untuk merawat kemerosotan kognitif ringan. Rawatan untuk

kemerosotan kognitif ringan adalah lebih menjurus kepada intervensi tanpa ubatan seperti

melakukan beberapa aktiviti yang mampu membantu fungsi kognitif. Contoh aktiviti yang

merangsang fungsi kognitif adalah bermain Sudoku, bermain catur, membaca dan

berinteraksi dengan orang lain.

Selain itu, boleh juga melakukan senaman fizikal yang bersesuaian dengan umur

individu. Ia merupakan salah satu terapi fizikal yang mampu meningkatkan kekuatan,

koordinasi, keseimbangan, dan fleksibiliti. Intervensi yang seterusnya adalah pengubahsuaian

tugas. Cara melakukannya adalah dengan memecahkan tugas harian menjadi langkah yang

lebih kecil dan lebih mudah dan menumpukan pada kejayaan, bukan kegagalan. Struktur dan

rutin juga dapat membantu mengurangkan kekeliruan.

Berikutnya, kaedah relaksasi seperti aromaterapi, terapi seni, urutan, muzik dan

haiwan kesayangan juga dapat membantu meredakan kegelisahan. Kaedah relaksasi ini juga

sering digunakan oleh kaunselor sebagai teknik untuk menenangkan klien. Terbuktilah

bahawa kaedah relaksasi merupakan salah satu kaedah yang sangat bagus.

Ubat psikotropik juga boleh membantu dalam pengurusan penyakit.

Walaubagaimanapun, psikiatri haruslah mempertimbangkan diagnosis perubatan, rawatan,

interaksi ubat, dan kesan sampingan ketika mereka menetapkan psikotropik sebagai

perubatan. Hal ini demikian kerana ubat psikotropik adalah ubat yang mempengaruhi tingkah

laku, mood, fikiran, atau persepsi. Ada juga yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang

sangat serius dan mempunyai keperluan pemantauan khas oleh penyedia perkhidmatan

kesihatan. Terdapat lima kelas utama ubat psikotropik yang sah disisi undang-undang iaitu

agen anti-kegelisahan, antidepresan, antipsikotik, penstabil mood dan perangsang. Mereka

berfungsi dengan menyesuaikan tahap bahan kimia otak, atau neurotransmitter, seperti

dopamin, gamma aminobutyric acid (GABA), norepinefrin, dan serotonin.

42

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!