27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

sesuatu yang tidak pasti dan juga cepat bimbang akan hal-hal yang kecil. Kesan-kesan ini

sudah pasti akan menjejaskan hubungan dengan orang sekeliling terutama dengan orang yang

rapat.

ii) Risiko Bunuh Diri adalah Tinggi

Kejadian bunuh diri ini kerap kali kita terdengar berlaku dalam kalangan remaja kita

hari ini. Hal ini berlaku akibat dari tekanan hidup yang dihadapi, masalah social

dipersekitaran, kurang daya tahan dalam persaingan hidup dan kemurungan menyumbang

kepada cubaan bunuh diri. Sebagai contoh situasi apabila mereka bercinta lagi-lagi apabila

mereka baru sahaja mula bercinta, mereka lebih ghairah dan terlalu sayang akan pasangan.

Namun, beberapa bulan setelah itu mereka ditinggalkan oleh pasangan mereka dan situasi

inilah yang kerap kali didengari menjadi asbab mereka membunuh diri sendiri kerana cinta

monyet yang tidak kesampaian. Dianggarkan satu dalam setiap remaja melalui fasa

kemurungan dan fakta menunjukkan sebanyak 11 peratus remaja terfikir untuk membunuh

diri manakala 10 peratus lagi melakukan cubaan membunuh diri.

iii) Insomnia

Insomnia merupakan masalah ketidakupayaan manusia untuk tidur di waktu malam.

Orang yang mengalami insomnia seringkali menghadapi masalah tidak dapat tidur pada

waktu malam dan akan merasai keletihan pada hari berikutnya. Terdapat pelbagai faktor yang

menyumbang kepada insomnia, namun salah satu faktor insomnia adalah stress dan

kemurungan. Apabila seseorang itu murung, otak manusia akan lebih aktif berfikir daripada

biasa dan mereka yang menghadapi kemurungan tidak boleh berhenti untuk berfikir

walaupun pada waktu di mana tubuh badan sepatutnya rehat. Ini akan menyebabkan tubuh

badan menjadi lesu pada keesokan harinya.

6.2.3 KESAN KEMURUNGAN KE ATAS SOSIAL

i) Keruntuhan Institusi Kekeluargaan

Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan ini adalah berpunca daripada masalah

ekonomi atau tekanan hidup yang akhirnya membawa kepada masalah kesihatan mental

khususnya kecelaruan kemurungan. Pada dunia serba moden, apabila seseorang itu tidak

berharta ataupun miskin, maka mereka akan dianggap tidak berguna oleh sesetengah

87

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!