27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, masalah gangguan makan ini boleh berlaku kepada

sesiapa sahaja. Tanpa kita sedari mungkin masalah ini berlaku kepada rakan-rakan,

keluarga dan orang di sekeliling kita. Amatlah penting untuk semua masyarakat sedar

dan mengambil tahu tentang gangguan makanan dan gejala-gejala masalah ini supaya

dapat membantu sesiapa sahaja di sekeliling kita. Masalah gangguan makan perlu

dirawat daripada berlarutan dan menghentikannya daripada mengakibatkan seseorang

individu itu mengalami masalah kesihatan tubuh badan serta psikososial individu

tersebut.

Masyarakat pada masa kini terlalu mengamalkan sikap tidak mengambil tahu

tentang status-status semasa berkenaan masalah-masalah mental yang berlaku.

Masyarakat kurang memberi perhatian terhadap isu-isu begini hinggalah berlakunya

tragedi yang tidak diingini seperti kematian dan sebagainya. Kebanyakkan masyarakat

tidak mengambil tahu berkenaan masalah ini hinggalah perkara tersebut berlaku

kepada diri atau orang di sekeliling mereka. Betapa pentingnya jika masyarakat

memberi perhatian terhadap masalah-masalah gangguan ini agar semua lapisan insan

dapat hidup dengan aman dan damai. Semua lapisan masyarakat memainkan peranan

dalam mengurangkan gangguan makan ini. Bukan sahaja kepada masalah gangguan

makan tetapi semua masalah mental yang telah diklasifikasikan. Dengan kerjasama

semua, pastinya masalah-masalah ini dapat diatasi dan dikurangkan.

Keharmonian dalam keluarga juga dapat ditingkatkan sekiranya setiap ahli

keluarga memberi perhatian terhadap isu-isu serta gejala-gejala yang mungkin

menunjukkan berlakunya masalah gangguan makan. Sokongan daripada keluarga

adalah yang paling utama dalam usaha membanteras masalah gangguan makan kerana

kemungkinan punca berlakunya masalah gangguan makan adalah daripada keluarga

sendiri tanpa kita sedari. Keharmonian keluarga akan membentuk individu yang

berakhlak dan baik dan justeru akan mewujudkan ahli masyarakat yang harmoni di

dalam negara.

192

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!