27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2.5 PEMIKIRAN YANG MENGGANGGU

Pemikiran yang mengganggu ialah pemikiran yang memasuki minda sedar tanpa

sebarang amaran, dengan kandungan yang membimbangkan, mengganggu, atau hanya pemikiran

yang aneh. Pemikiran yang mengganggu ini ialah suatu perkara yang normal dan dialami oleh

semua individu. Namun, bagi segelintir individu ianya akan tersekat di dalam pemikiran mereka

dan menimbulkan kegelisahan yang tinggi dalam diri mereka.

Pemikiran yang mengganggu bagi individu yang mengalami OCD pula, mereka akan

terlalu memikirkan pemikiran yang hadir itu. Perbezaan individu yang mengalami OCD dengan

yang lain ialah mereka akan “mildly bothered” terhadap pemikiran negatif yang hadir. Mereka

akan merasakan bahawa pemikiran itu tidak sepatutnya hadir dan ianya merupakan satu

kesalahan. Kemudian, akan timbul pula perasaan bersalah dan keperluan untuk

bertanggungjawab menangani pemikiran negatif yang hadir. Antara caranya ialah dengan

mengawal, menjauhkan diri atau mendapatkan ketenteraman daripada orang lain.

Pemikiran yang mengganggu terbahagi kepada tiga kategori. Yang pertama ialah

pemikiran yang tidak diingini. Dalam kehidupan kita, terdapat perkara-perkara yang dilarang dan

dianggap sebagai tidak beretika jika dilakukan. Perkara-perkara tersebut kadang kala akan datang

dalam pemikiran kita walaupun tidak diingini dan ianya merupakan salah satu jenis pemikiran

yang mengganggu. Antara contoh pemikiran yang mengganggu ialah keinginan untuk

melakukan pencurian ketika tidak mempunyai wang.

Kategori yang kedua ialah pemikiran ganas. Contohnya seperti berfikir untuk memukul

atau membunuh orang yang dibenci. Kategori yang terakhir ialah pemikiran seksual. Pemikiran

seksual yang hadir dalam pemikiran individu akan memberi gangguan kepada mereka jika

pemikiran itu bertentangan dengan etika kehidupannya.

129

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!