27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

untuk menyakiti pasangannya tanpa kerelaan semasa melakukan hubungan seks. Individu seperti

ini selalunya akan berkasar dengan pasangannya dengan cara memukul, mengikat, menyakiti,

serta memalukan pasangan. Selain itu yang keenam ialah, pedofilia yang mana penghidap gemar

untuk melakukan seks dengan kanak-kanak yang belum baligh sebagai objek seksnya serta

fantasi. Antara fantasi penghidap kecelaruan ini adalah dan menanggalkan pakaian kanak-kanak,

menggalakkan sentuhan alat kelamin dengan kanak-kanak. Mangsa kebiasaanya berumur 10-15

tahun, sama ada lelaki atau perempuan. Hal ini berlaku kerana individu ini tidak mendapat

kepuasan seks dengan pasangan mereka yang telah dewasa. Antara ciri-ciri penghidap

kecelaruan Sejenis pedofilia ini adalah, kebiasannya bersikap tidak matang, sentiasa bermuram

dan tidak ceria serta sentiasa takut dan serba salah atas tindakannya. Seterusnya yang terakhir

adalah, ekshibisionisme yang mana merupakan sejenis kecelaruan apabila seseorang itu suka

mengintai orang yang berada dalam keadaan yang boleh meningkat kemuncak seksnya tanpa

melakukan hubungan fizikal. Sebagai contohnya, mengintai orang yang berbogel atau sedang

melakukan seks. Dengan cara itu sahaja boleh menyebabkan mereka mendapat kepuasan seks

tanpa melakukan hubungan seks.

iv. Contoh kes

Contoh kes yang boleh dilihat sebagai antara individu yang mungkin mengalami

kecelaruan dan mangsa jenayah daripada parafilik ini antara adalah, seorang pelajar Malaysia

yang pintar Matematik iaitu Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, didapati bersalah kerana memiliki

lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southward Crown, London. Dia

disabitkan dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar lucah

kanak-kanak Jika boleh dilihat, berkemungkinan individu ini mungkin menghidap kecelaruan

parafilik pedofilia. Di samping itu, individu ini juga mungkin mengalami kecelaruan parafilik

Sejenis ekshibisionisme kerana individu ini tidak melakukan kesalahan melakukan perlecehan

atau penyimpangan seks terhadap seorang kanak-kanak akan tetapi hanya menyimpan

video-video lucah kanak-kanak yang mana mungkin bertujuan untuk memuaskan nafsu seksnya.

Walaubagimanapun, individu tersebut perlu didiagnoskan oleh pihak pakar terlebih dahulu

sebelum mengesahkan individu ini menghidap kecelaruan tersebut.

198

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!