27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

sangat penting terhadap kesuburan wanita. Malah ia juga turut mengganggu proses ovulasi

dan kitar haid yang terjadi disebabkan murung, sedih dan juga tertekan akibat sesuatu

keadaan

ii) Masalah Sembelit dan Pundi Kencing Bermasalah

Kemurungan yang teruk akan menganggu system penghadaman tubuh. Tanda-tanda

seperti muntah-muntah, perut berangin, makanan susah dihadam, sembelit dan juga pundi

kencing bermasalah boleh berlaku disebabkan kemurungan yang berpanjangan. Symptom

yang saya sebutkan tadi sudah pasti akan mengganggu aktiviti seharian dan kualiti hidup juga

akan terjejas.

iii) Masalah Gangguan Berat Badan

Terlalu gemuk atau terlalu kurus juga adalah kesan akibat kemurungan. Namun,

kebiasaanya seseorang yang mengalami kemurungan akan berisiko untuk makan terlalu

sedikit atau tidak makan langsung. Ini akan mengakibatkan penurunan berat badan secara

mendadak kerana terlalu sedih dan kecewa dengan situasi yang dihadapi.

iv) Penglihatan Menjadi Kabur, Pening Kepala serta Mulut Menjadi Kering

Sakit kepala yang berpunca daripada stres juga dikenali sebagai sakit kepala akibat

pengecutan otot yang berlaku daripada tekanan emosi atau ketegangan fizikal. Sakit kepala

ini boleh berlaku sekali atau berulang-ulang dalam seminggu bergantung kepada tahap emosi

mereka yang mengalami kemurungan. Apabila pening kepala ini berlanjutan, maka ia juga

akan menganggu penglihatan seseorang itu. Mulut juga akan menjadi kering disebabkan

kekurangan air dalam badan.

6.2.2 KESAN KEMURUNGAN KE ATAS PSIKOLOGI

i) Emosi Tidak Stabil

Emosi yang tidak seimbang atau stabil ini adalah impak negatif akibat kemurungan.

Seseorang yang menderita akibat kemurungan akan lebih bersikap panas baran, suka

melenting tidak tentu hala dan kekadang sukar membuat keputusan walaupun ianya berkaitan

benda remeh. Di samping itu, individu ini akan cepat berasa kecewa, mudah terasa untuk

86

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!