27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3.1.2 Episod hipomanik

Episod hipomanik biasanya dikaitkan dengan jenis gangguan bipolar II. Hipomanik adalah

sama seperti episod manik namun ianya tidak terlalu teruk. Tidak seperti episod manik,

seseorang yang mengalami episod hipomanik kebiasaanya mereka mungkin tidak menyebabkan

berlakunya sebarang masalah di tempat kerja, sekolah atau dalam perhubungan sosial. Mereka

juga masih menyedari perubahan yang berlaku dalam mood mereka. Hipomanik berlaku dalam

tempoh sekurang-kurangnya empat hari berturut-turut namun gejalanya tidak teruk seperti manik.

Ianya juga tidak akan menyebabkan berlakunya psikosis.

3.1.3 Episod kemurungan

Bipolar juga boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami episod kemurungan dan ianya

datang secara mendadak dalam diri mereka. Seseorang itu akan didiagnosis mengalami episod

kemurungan perlu sekurang-kurangnya mempunyai empat daripada simptom-simptom yang

disenaraikan dalam buku DSM-V dan simptom tersebut bertahan dalam masa

sekurang-kurangnya dua minggu. Berikut merupakan antara simptom-simptom yang

disenaraikan dalam buku DSM-V bagi episod kemurungan :-

• Kesedihan yang mendalam

• Mudah putus asa

• Kurang bertenaga

• Hilang minat terhadap aktiviti riadah atau hobi

• Banyak tidur

• Rasa ingin bunuh diri

• Mempunyai masalah untuk membuat keputusan

57

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!