27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

lain-lain. Berbeza pula bagi kaum lelaki ataupun para suami yang mengalami

kemurungan ini disebabkan oleh peralihan peranan dan perubahan gaya hidup mereka.

Keadaan ini boleh memberikan tekanan yang berterusan kepada kaum lelaki sehingga

boleh mengakibatkan berlakunya kemurungan pascapartum pada diri mereka.

Kemurungan ini boleh bermula pada bila-bila masa sahaja dalam tahun pertama

selepas melahirkan. Perasaan sedih, bimbang, dan letih akan mula menyelubungi diri

ibu-ibu sehingga mereka boleh mencetuskan pemikiran untuk mencederakan diri sendiri

dan bayi. Hal ini berbeza dengan sindrom “Baby Blues” yang merupakan perasaan

bimbang dan murung yang berada pada tahap sederhana. Sindrom ini datang singgah

dalam diri ibu-ibu pada tempoh masa yang sekejap sahaja kerana ianya sangat biasa

berlaku selepas sahaja melahirkan bayi.

h. Kemurungan Afektif Bermusim (Seasonal Affective Disorder – SAD):

SAD pula merupakan kemurungan berulang ataupun bermusim yang

menyebabkan pesakit sering mengalami perubahan mood akibat berlakunya perubahan

musim. Kemurungan jenis ini selalunya berlaku di negara luar misalnya di Kanada yang

mengalami empat musim seperti sejuk, panas, luruh dan bunga. Terdapat sesetengah

pesakit SAD yang tidak mengalami kemurungan pada musim yang sama. Contohnya, ada

juga yang mengalami kemurungan yang bermula pada peralihan musim bunga ke musim

panas. Peralihan musim ini telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam mood dan

tenaga yang rendah. Perubahan ini membuatkan pesakit SAD makan terlalu banyak, tidur

terlalu lama, penambahan berat badan, dan menjauhkan diri dari interaksi sosial.

Kebiasaannya,wanita dan orang dewasa muda merupakan golongan yang berisiko tinggi

untuk mengalami SAD. Kemurungan afektif bermusim ini juga boleh diwarisi jika ibu

atau bapa pernah mengalami sejarah kemurungan SAD ini. Pesakit akan didiagnosis

selepas sekurang-kurangnya dua tahun simptom-simptom SAD berulang.

i. Kecelaruan Mood Cetusan Bahan :

Kecelaruan ini dialami oleh seseorang pesakit itu disebabkan oleh salah guna

atau pengambilan ubat sedatif yang mampu mengubah mood seseorang. Antara

simptom-simptom yang dialami oleh pesakit ialah kemurungan, bimbang, dan hilang

minat pada aktiviti yang menyeronokkan. Kesemua simptom ini selalunya akan muncul

selepas mengambil dadah ataupun semasa berhenti. Bahan-bahan yang boleh membawa

kepada kemurungan adalah:

74

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!