27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

4.0 PREVALENCE KEMURUNGAN

Prevalens atau di dalam Bahasa Melayu bermaksud kelaziman. Kelaziman membawa

maksud kekerapan sesuatu perkara yang lazim terjadi di dalam kalangan masyarakat di

negara kita dan di seluruh dunia dan prevalens juga bermaksud perkadaran dalam sesebuah

populasi yang mempunyai ciri-ciri spesifik dalam satu jangka masatertentu.Prevalence

mengambil kira bangsa, umur, jantina dan sebagainya bagi memberikan fakta yang lebih jelas

dan terperinci. Prevalence sangat penting dan sentiasa akan menjadi rujukan di dalam sesuatu

perkara. Prevalence selalunya akan diteliti dengan lebih terperinci untuk memastikan fakta

yang diberi tepat. Melalui data yang diperolehi dari prevalence ini akan membantu

pihak-pihak yang berkepentingan untuk mengambil tindakan dan langkah-langkah yang

sewajarnya jika kadar prevalence menunjukkan purata yang sangat tinggi.

Kemurungan merupakan suatu penyakit yang tidak asing di dalam kalangan

masyarakat. Kemurungan sering terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor dan banyak kematian

bunuh diri dicatatkan disebabkan oleh kemurungan. Oleh itu kemurungan tidak boleh

dipandang ringan oleh semua pihak. Banyak kadar prevalence menunjukkan tentang

kemurungan dan data boleh diperolehi dari pelbagai sumber yang sahih. Menurut artikel yang

bertajuk “Kadar Prevalence Kemurungan dan Cubaan Bunuh Diri dalam Kalangan Remaja di

Malaysia” daripada Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan 51.6% daripada jumlah

440 orang remaja yang menajadi responden tersebut dikategorikan sebagai remaja awal (13 –

18 tahun) manakala baki 48.4% dikategorikan sebagai remaja akhir (19 – 24 tahun). Bagi

kategori remaja awal, kebanyakkan daripada mereka mempunyai kebarangkalian yang rendah

untuk mendapat kemurungan sebanyak 22.3% manakala bagi kategori remaja akhir,

kebanyakkan daripada mereka mempunyai kebarangkalian yang sederhana untuk mendapat

kemurungan sebanyak 20.5%. Artikel ini menumpukan kadar prevalence di dalam kalangan

remaja.

Warga tua juga adalah golongan yang tidak asing dengan penyakit kemurungan.

Menurut portal rasmi My Health25% daripada mereka yang berumur lebih 65 tahun

dikenalpasti menghidap kemurungan. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu

menjadi murung. Ianya boleh disebabkan oleh masalah kewangan, kemerosotan kesihatan

fizikal atau masalah sosial. Bagi golongan warga tua ianya akan menjadikan tahap kesihatan

mereka bertambah teruk dan kronik kerana masalah kemurungan yang dialami.

78

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!