27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KECELARUAN PARAFILIK

Terdapat beberapa faktor berlakunya kecelaruan parafilik ini. Faktor yang pertama

terjadinya kecelaruan ini adalah disebabkan dari faktor biologi. Hal ini kerana kebiasaan orang

yang menderita kecelaruan menghadapi masalah biologi. Masalah biologi ini seperti mereka

mempunyai perbezaan aktiviti otak mereka semasa melayani nafsu seksual mereka dan termasuk

juga struktur otak mereka. Para profesional kesihatan mental mendapati bahawa pedofil lelaki

mempunyai skor IQ yang lebih rendah pada ujian psikologi berbanding dengan lelaki yang

bukan pedofil iaitu lelaki yang normal dan sihat. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa

individu yang menghidap kecelaruan ini cenderung mempunyai sejarah pada peringkat sekolah

mempunyai gred keputusan peperiksaan yang lebih rendah berbanding daripada orang yang

normal dan sihat.

Faktor yang kedua ialah melalui proses conditioning di mana ahli tingkah laku

mencadangkan bahawa di mana kebiasaan individu yang menghidap kecelaruan parafilik ini

bermula dengan proses tersebut. Sebagai contoh objek yang tidak seksual boleh menjadi

terangsang secara seksual jika berulang kali melakukan dengan aktiviti seksual yang

menyenangkan. Di samping itu, ia juga termasuk juga tindakan seksual tertentu (seperti

mengintip, mempamerkan, kebiasaan) yang memberikan keseronokan erotik yang sangat kuat

serta dapat mendorong individu tersebut untuk meneruskan tingkah laku songsang tersebut.

Akhir sekali berkenaan faktor penyebab berlakunya kecelaruan parafilik ini ialah

melalui faktor kekeluargaan. Faktor kekeluargaan ini dapat dikaitkan adalah dengan individu

yang menghidapi kecelaruan ini kebiasaannya mengalami konflik dengan ibubapa mereka.

Situasi ini juga dapat diburukkan lagi dengan kurangnya pemerhatian secara terus terhadap

pegerakkan anak- anak mereka dan juga kurang mendapat layanan dari ibubapa mereka sendiri.

Hal ini kerana apabila mereka kurang mendapat perhatian dari keluarga mereka, mereka akan

lebih cenderung untuk melakukan seseuatu pekara yang boleh memberi perhatian kepada mereka

selain mereka cuba mencari sesuatu pekara yang boleh memberikan keseronokkan kepada

mereka.

200

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!