27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Seterusnya, gangguan peribadi Narsistik. Orang yang menghidapi gangguan ini adalah seseorang

yang menganggap dirinya orang yang sangat penting dan perlu dikagumi. Selain itu, biasanya

berasa bahawa merekalah yang paling gah berbanding orang lain dengan puji-pujian yang

melebih akan diri sendiri. Maka, mereka ini memiliki empati yang rendah kerana mereka tidak

berminat untuk mendengar alasan orang lain dan menganggap dirinya memiliki kepentingan

yang lebih tinggi dari orang lain. Selain itu, orang yang menghidap gangguan ini mudah terasa

apabila mendapat kritikan disebabkan kepercayaan bahawa dirinyalah yang paling hebat dan

tidak layak dikritik.

Kluster C

Kluster C merupakan gangguan personaliti yang dicirikan oleh pemikiran, tingkahlaku

yang bermasalah dan sentiasa takut. Antara gangguan personaliti yang termasuk dalam kluster C

ialah Dependent Personality Disorder yang mana mereka mempunyai kebergantungan yang

tinggi dan berasa perlu dijaga mereka juga mempunyai tingkahlaku yang tunduk kepada orang

lain, kurang keyakinan diri, memerlukan nasihat yang berlebihan dan tidak dapat membuat

keputusan. Selalu mengalami kesukaran memulakan atau membuat kerja sendiri.

Seterusnya adalah, Avoidant Personality Disorder iaitu tidak dapat menerima kritikan

atau penolakan mereka selalu berasa tidak mencukupi, lebih rendah diri dan tidak menarik, suka

217

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!