27.07.2020 Views

REPORT ABNORMAL PSYCHOLOGY

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4.0 DIAGNOSIS

4.1 Cara diagnosis penyakit bipolar

Menurut sumber rujukan, terdapat empat cara untuk menentukan samada seseorang itu

mempunyai gangguan bipolar ataupun tidak. Berikut merupakan cara-cara diagnosis seseorang

yang mempunyai gangguan bipolar :-

4.1.1 Ujian fizikal

Kebiasaannya sebelum mengesahkan seseorang itu mengalami gangguan bipolar, doktor akan

melakukan beberapa ujian seperti ujian fizikal dan ujian makmal. Hal ini dilakukan adalah untuk

mengenalpasti sebarang masalah perubatan yang timbul dan seterusnya boleh mengakibatkan

wujudnya sesuatu gejala itu.

4.1.2 Penilaian psikiatri

Seseorang yang mengalami gangguan bipolar akan dirujuk kepada pakar psikiatri oleh doktor

yang merawat mereka bagi membolehkan rawatan selanjutnya dapat dilaksanakan. Pakar

psikiatri akan berbincang mengenai perasaan, fikiran serta corak tingkah laku pesakit sepanjang

mereka mengalami gangguan bipolar tersebut. Mereka juga akan diminta untuk mengisi borang

penilaian diri dan borang soal selidik yang berkaitan dengan psikologi. Pakar psikiatri juga akan

meminta kebenaran daripada pesakit untuk memaklumkan keadaan mereka kepada ahli keluarga

dan kenalan rapat bagi mendapatkan maklumat mengenai simptom yang dialami oleh pesakit.

4.1.3 Carta mood

Kebiasaannya, seseorang yang mengalami gangguan bipolar diminta untuk menyimpan

catatan harian mengenai mood, corak tidur serta lain-lain faktor yang boleh menyumbang kepada

wujudnya sesuatu gejala atau simptom. Tindakan ini dapat membantu pakar psikiatri untuk

membuat diagnosis serta mencari rawatan yang tepat dalam pesakit mengatasi gangguan bipolar

tersebut.

59

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!