10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

sistem tersebut telah diguna pakai dan data telah dimasukkan setelah proses

percubaan selesai iaitu pada bulan Februari 2012.

iii. Salinan Manuskrip Tidak Dimuat Naik Ke Dalam Server

Berdasarkan Prosedur Penyimpanan dan Pemuliharaan dalam Manual Operasi

Standard ITBM, softcopy manuskrip dalam bentuk disket atau cakera padat

hendaklah dimasukkan ke dalam kotak disket dan disimpan dalam rak cakera

padat serta satu salinan softcopy akan dimuat naik ke dalam server. Semakan

Audit terhadap sampel manuskrip mendapati semua salinan manuskrip disimpan

dalam external hard disk dan compact disc di bawah kawalan seorang Eksekutif

Penerbitan. Bagaimanapun, salinan softcopy tidak dimuat naik ke dalam server.

Sebagai langkah kawalan dalaman bagi memastikan manuskrip disimpan

dengan selamat, adalah wajar sekiranya salinan manuskrip dimuat naik ke

dalam server melalui Total Management Information System supaya sistem

yang dibangunkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Maklum Balas Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia Yang Diterima Pada

13 Jun 2012

Oleh sebab terdapat ketidakpastian berhubung saiz penyimpanan data yang

diperlukan semasa penyediaan dokumen tender, didapati ruang penyimpanan

data sedia ada tidak dapat menampung keperluan untuk memuat naik

keseluruhan salinan manuskrip. Bagi melaksanakan proses memuat naik

keseluruhan salinan manuskrip, modul sistem Document Management System (e-

DMS) digunakan sepenuhnya selewat-lewatnya pada hujung tahun 2012.

Pada pendapat Audit, Lembaga Pengarah perlu memastikan pihak pengurusan

memantau prestasi penggunaan setiap modul yang dibangunkan di bawah Total

Management Information System bagi memastikan objektif pembangunannya

tercapai.

c. Penyimpanan Stok Buku

Stok buku terbitan ITBM disimpan di 2 buah lokasi iaitu di ruang pejabat yang

disewa berhampiran pejabat ITBM (stor buku ITBM) dan ruang gudang KNB. Stor

buku ITBM berkeluasan 1,650 kaki persegi mampu menampung 300,000 naskhah

buku. Mengikut amalan, 200 naskhah setiap judul akan disimpan di sini bagi

memenuhi permintaan segera dalam kuantiti kecil. Lokasi kedua penyimpanan stok

buku ITBM adalah ruang gudang di bawah kawal selia KNB. Ruang gudang ini

disewa dengan kos RM7,000 sebulan berdasarkan keluasan yang diperuntukkan

kepada ITBM manakala transaksi bagi setiap kemasukan dan pengeluaran buku

adalah RM4 setiap palet. Sewaan ruang penyimpanan ini dibuat secara kontrak

selama 2 tahun dan satu tahun tempoh lanjutan. Lawatan Audit ke 2 lokasi tersebut

mendapati kelemahan seperti berikut:

i. Stor Buku ITBM

• Tiada Prosedur Operasi Standard Bagi Urusan Stor Buku

Semakan Audit mendapati prosedur operasi standard berkaitan urusan

penerimaan stok buku, perekodan stok dan pengeluaran stok tidak

disediakan bagi memudahkan urusan pemantauan stok buku. Mengikut

944 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!