10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

53. POLIS DIRAJA MALAYSIA

- PEMBINAAN PANGKALAN POLIS MARIN LAHAD DATU, SABAH

53.1. LATAR BELAKANG

53.1.1. Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah merupakan pangkalan yang paling

strategik dalam menguatkuasakan undang-undang maritim serta mengawasi dan menjaga

keselamatan perairan negara daripada ancaman dan serangan pihak luar terutamanya di

kawasan ‘Ops Pasir’ pantai timur Sabah. Pangkalan Polis Marin Lahad Datu yang sedia ada

merupakan sebuah pangkalan hadapan yang tidak mempunyai kemudahan asas, amat daif,

tidak selamat dan mencerminkan imej yang kurang baik kepada orang awam. Ia ditempatkan

sementara di jeti awam Bandar Lahad Datu manakala pejabat pentadbirannya pula

menumpang di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu yang jauhnya lebih kurang satu

kilometer dari jeti awam berkenaan sejak ia beroperasi pada tahun 1970-an lagi.

Sehubungan itu, Pangkalan Polis Marin Lahad Datu yang baru telah dirancang dan

dilaksanakan bagi menggantikan pangkalan sedia ada yang tidak lagi sesuai dari segi

keselamatan dan operasi polis marin.

53.1.2. Projek Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah telah mendapat

kelulusan Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk

dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (Kementerian) bagi kegunaan Pasukan Polis

Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam RMKe-8. Projek ini telah mendapat kelulusan

Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan secara rundingan terus pada 12 Ogos 2002 di

mana Syarikat Jahsia Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai Kontraktor. Projek pembinaan ini

adalah di bawah penyeliaan Kementerian dan Ketua Setiausaha Kementerian merupakan

Pegawai Penguasa Projek. Kementerian telah melantik 4 perunding bagi 4 bidang iaitu

Arkitek; Kejuruteraan Awam/Kejuruteraan Struktur; Kejuruteraan Elektrik/Kejuruteraan

Mekanikal dan Ukur Bahan pada 24 Mei 2002. Perjanjian antara Kerajaan dan 4 perunding

berkenaan telah ditandatangani antara 25 September 2003 hingga 3 November 2003.

Bayaran yang telah dijelaskan kepada perunding masing-masing berjumlah RM2.72 juta;

RM1.82 juta; RM1.33 juta dan RM1.15 juta setakat 8 Februari 2012.

53.1.3. Projek ini terletak di atas Lot 81112964, tapak hak milik Ketua Pengarah Tanah dan

Galian (KPTG) melibatkan kawasan seluas 20 ekar. Setelah kerja penyukatan tanah

dilaksanakan, didapati sebahagian besar tapak berkenaan adalah di dalam laut. Tapak

berkenaan perlu ditebus guna terlebih dahulu melibatkan keluasan 12 ekar. Oleh itu,

Kementerian atas nasihat perunding telah memutuskan supaya kerja projek dibahagikan

kepada 2 fasa iaitu kerja penambakan tanah (Fasa I) dan kerja pembinaan bangunan (Fasa

II). Nilai kontrak bagi Fasa I berjumlah RM21.96 juta manakala bagi Fasa II berjumlah

RM68.80 juta. Projek telah disiapkan pada 31 Januari 2011 dan diduduki mulai bulan April

2011. Tarikh serahan projek adalah pada 16 Mac 2011. Gambar Rajah 53.1 menunjukkan

kedudukan pelan projek ini.

861 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!