10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

INTISARI LAPORAN

BAHAGIAN I - PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN

PERSEKUTUAN

JABATAN PERDANA MENTERI

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

Jabatan Insolvensi Malaysia

1. Pengurusan Kes Kebankrapan Dan Penggulungan Syarikat

a. Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) bertanggungjawab dalam pengendalian, pentadbiran,

perkhidmatan, pematuhan undang-undang dan penguatkuasaan pengurusan insolvensi di

Malaysia. Pengauditan yang dijalankan mendapati bilangan penyelesaian kes dan jumlah

pungutan hasil berkaitan pentadbiran hal ehwal insolvensi menunjukkan peningkatan yang

ketara dalam tempoh tahun 2009 hingga 2011 kesan daripada pelaksanaan Program

Transformasi Organisasi secara menyeluruh yang dilaksanakan mulai bulan April 2009.

Bagaimanapun, pengurusan kes kebankrapan/penggulungan syarikat di pejabat yang

dilawati masih kurang memuaskan dan perlu dipertingkatkan lagi. Antara kelemahan yang

dikenal pasti adalah seperti berikut:

i. proses/carta aliran kerja tidak dikemas kini dengan peraturan/arahan/norma masa;

ii. kelewatan mengambil tindakan susulan;

iii. latihan pengurusan insolvensi tidak mencukupi bagi meningkatkan kemahiran/

kecekapan pegawai; dan

iv. penyimpanan/penyelenggaraan fail/dokumen kes syarikat yang digulung tidak teratur.

b. Pihak Audit mengesyorkan MdI melaksanakan perkara seperti berikut:

i. mengemas kini proses/carta aliran kerja selaras dengan Akta dan Arahan Jabatan,

menetapkan norma masa bagi tujuan merekodkan kes kebankrapan ke dalam Case

Management System/menyediakan faharasat/pengeluaran Surat Notifikasi Awal/

pengeluaran Surat Peringatan kehadiran/pemfailan Penyata Hal Ehwal (PHE)/bayaran

ansuran;

ii. menjalankan lawat periksa ke premis supaya proses penzahiran harta dapat dilakukan

segera;

iii. mewujudkan sistem pengawasan bagi memantau pengeluaran Surat Notifikasi

Awal/Surat Peringatan kehadiran bankrap/pengarah syarikat, pemfailan PHE/bayaran

ansuran supaya tindakan permohonan Waran Tangkap boleh dilakukan;

iv. meningkatkan kemahiran dan kompetensi pegawai/kakitangan mengenai pengurusan

kes kebankrapan/penggulungan syarikat dan memastikan latihan mencukupi; dan

v. menyimpan/menyelenggarakan fail/dokumen kes syarikat yang digulung dengan teratur

dan sistematik bagi memudahkan rujukan dan pemantauan dan menjamin

keselamatannya.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

2. Pengurusan Penyenggaraan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

a. Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KMKL) telah siap dibina pada Februari 2007 dan

beroperasi mulai 3 Mei 2007. Penyenggaraan perlu dilaksanakan bagi menjaga,

memulihkan, memperbaiki kemudahan dan persekitaran bangunan. Pejabat Ketua Pendaftar

xiii RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!