10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 1 Jun 2012

Perolehan peralatan dan kerja pembinaan telah diluluskan dan disalurkan di

bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua pada tahun 2010. Kerja pembinaan

yang dijangka siap pada Julai tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang

ditetapkan oleh pihak JKR. Arahan telah dikeluarkan agar semua peralatan

digunakan serta merta manakala surat permohonan telah dihantar kepada semua

pembekal peralatan memohon pelanjutan tempoh waranti peralatan tersebut.

Pada pendapat Audit, perancangan yang teliti terhadap keperluan perolehan sesuatu

peralatan boleh mengurangkan risiko berlakunya pembaziran akibat peralatan tidak

digunakan. Kementerian perlu berbincang dengan pihak pembekal berkaitan tempoh

waranti bagi memastikan tempoh tersebut dipanjangkan sehingga ia mula digunakan.

39.5.5. Pemeriksaan Tahunan Aset

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 menetapkan aset kerajaan hendaklah

diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun. Tujuan pemeriksaan adalah untuk

mengetahui keadaan dan prestasinya serta memastikan memiliki daftar dan rekod yang

lengkap. Laporan Pemeriksaan Harta Modal berkaitan (KEW. PA-10) hendaklah disediakan

dan dikemukakan kepada Ketua Jabatan. Semakan Audit mendapati pemeriksaan tahunan

di kesemua hospital yang dilawati telah dijalankan mengikut jadual yang dirancang.

39.5.6. Penyenggaraan Peralatan

Kementerian sejak Oktober 1996 telah menandatangani perjanjian dengan 3 syarikat

konsesi bagi melaksanakan penyenggaraan peralatan di hospital. Semakan Audit mendapati

perkara berikut:

39.5.6.1. Tempoh Pembaikan Peralatan Oleh Syarikat Konsesi

Mengikut perjanjian, peralatan yang dihantar untuk pembaikan oleh syarikat konsesi

hendaklah dibaiki dalam tempoh 15 hari. Sekiranya gagal dibaiki dalam tempoh tersebut,

pihak hospital boleh melantik pihak ketiga untuk membaikinya dan penalti boleh

dikenakan atas kelewatan tersebut. Semakan Audit di HTF pada 13 Julai 2011

mendapati walaupun penalti telah dikenakan, masih terdapat 48 peralatan belum dibaiki

selepas 15 hari dihantar oleh pihak hospital iaitu kelewatan antara 16 hingga 229 hari

seperti di Jadual 39.12. Pihak Audit difahamkan keadaan ini berlaku kerana penalti yang

dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding kos pembaikan.

JADUAL 39.12

PEMBAIKAN ASET BIOMEDICAL MELEBIHI 15 HARI

BUTIRAN NO. ASET

TARIKH

DIHANTAR

KELEWATAN

(Hari)

Physiologic Monitoring System 010002114 27.11.2010 229

Physiologic Monitoring System 010002116 16.02.2011 148

Physiologic Monitoring System 010002117 24.02.2011 140

Crimpers 010009571 04.03.2011 132

Warming Unit 010009198 15.03.2011 121

Physiologic Monitoring System 010002485 16.03.2011 120

Drills, Bone 010009286 22.03.2011 114

Analyser, Laboratory 010009161 12.04.2011 93

Cast Cutter Vacuum 010009976 14.04.2011 91

Infusion Pump 010002148 15.04.2011 90

Infusion Pump 010002137 15.04.2011 90

Tables, Operating 010002476 21.04.2011 84

638 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!