10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Pada pendapat Audit, Projek Seremban-Gemas telah dilaksanakan mengikut

jadual setelah mengambil kira 3 lanjutan masa yang diluluskan. Bagaimanapun,

lanjutan masa tersebut telah mengakibatkan time overrun selama 18 bulan.

Akibat daripada tindakan tegas Kerajaan Negeri Melaka untuk tidak membenarkan

lintasan rata di Tampin ditutup sehingga jalan pintas siap dibina telah

menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek dan Kementerian menghadapi

masalah tuntutan IRCON yang berjumlah RM150 juta.

27.5.1.2. Prestasi Kewangan

Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM2.078 bilion dan RM796 juta

masing-masingnya di bawah RMKe-9 dan RMKe-10 dan RM50 juta di bawah

peruntukan khas Perbendaharaan untuk melaksanakan projek ini. Semakan Audit

terhadap prestasi kewangan projek mendapati perkara berikut:

a. Setakat 31 Disember 2011, sebanyak 8 Arahan Perubahan Kerja (APK) telah

diluluskan yang melibatkan pengurangan dan penambahan skop kerja berjumlah

RM83.33 juta dan RM1.68 juta masing-masingnya. Selain itu, satu perjanjian

tambahan untuk penambahan skop kontrak juga telah dimeterai untuk kerja

pengesanan dan pemusnahan bom di kawasan stesen Tampin berjumlah

RM0.15 juta. Selepas mengambil kira penambahan skop kontrak dan 8 APK

tersebut, nilai kontrak adalah berjumlah RM3.368 bilion. Butiran lanjut APK yang

diluluskan adalah seperti di jadual berikut:

NO.

APK

JADUAL 27.2

ARAHAN PERUBAHAN KERJA YANG DILULUSKAN

PENAMBAHAN/

(PENGURANGAN)

PERKARA

NILAI SKOP KERJA

(RM Juta)

4 Perubahan reka bentuk di Yad Sungai Gadut (3.53)

5 Pembatalan reka bentuk dan pembinaan Hentian Air Kuning (12.45)

6

Pembatalan pembinaan terowong dan merujuk semula kepada jajaran sedia

ada dengan menaik taraf kepada lengkungan sedia ada untuk mengoptimakan

had laju

(36.53)

7 Omission Automatic Fare Collection (AFC) System (22.60)

8

Pengambilan dan kerja ukur tanah bagi talian TNB 132kV untuk feeder station

Rembau

11 Perubahan reka bentuk platform di Stesen Tampin dan Gemas (8.22)

12

13

Pengesanan dan pemusnahan bom di kawasan kerja pembaikan di Sungai

Gemas (BRV 34)

Penempatan semula bilik peralatan sistem dari tingkat bawah ke tingkat

Concourse di Stesen Sungai Gadut

0.19

0.76

0.73

JUMLAH (81.65)

Nota: APK 1 Dan 3 Dilulus Secara Prinsip, APK 2 Tidak Diluluskan, APK 9 Dan 10 Dibatalkan

b. Selain daripada harga kontrak, Kementerian perlu menanggung kos tambahan

berjumlah RM184.47 juta. Butiran lanjut adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 27.3

KOS SELAIN DARIPADA NILAI KONTRAK

PERIHAL

JUMLAH

(RM Juta)

Yuran Perunding 71.49

Pengambilan Tanah 84.22

Bayaran Pampasan Kepada Setinggan 0.94

Caj Bayaran Lewat Pengambilan Tanah (Borang I/K) 1.02

390 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!