10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

b. Bagi memastikan PAAB mencapai tujuan utama penubuhannya adalah disyorkan semua

pihak yang terlibat mengambil tindakan berikut:

i. menyusuli perkara berkaitan pemindahan hak milik tanah dengan Kerajaan Negeri

dengan segera;

ii. memantau dan mengkaji peranan operator air dalam pelaksanaan projek bagi

memastikan projek disiapkan mengikut jadual;

iii. memantau operator air bagi memastikan keselamatan aset air supaya ia sentiasa

disenggarakan dan berada dalam keadaan baik; dan

iv. tindakan segera membolehkan Loji Rawatan Air Sg. Labu yang dikenal pasti sebagai

sumber yang berpotensi menjadi alternatif sumber bekalan air ke KLIA dapat beroperasi

sepenuhnya dilakukan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), PAAB serta pihak yang berkaitan.

57. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd.

a. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) ditubuhkan pada 26 Julai

2004 dengan modal berbayar RM300 juta. Pada 30 Jun 2009, Syarikat Prasarana Negara

Berhad (SPNB) telah mengambil alih RapidKL daripada Menteri Kewangan Diperbadankan

(MKD) dengan pegangan ekuiti 100%. RapidKL adalah pengendali (operator) sistem tren

transit aliran Ampang dan Kelana Jaya serta pengangkutan bas di Kuala Lumpur dan

sebahagian Lembah Klang. Pengauditan yang dijalankan mendapati pada umumnya,

RapidKL telah mengendalikan perkhidmatan tren dan bas selaras dengan mandat yang

diberikan. Namun begitu, pihak Audit mendapati beberapa kelemahan daripada aspek

kewangan dan pengurusan aktiviti seperti berikut:

i. prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat telah mengalami

kerugian pada tahun 2008 dan 2010 walaupun mencatatkan keuntungan pada tahun

2009. Setakat 31 Disember 2010, kerugian terkumpul RapidKL berjumlah

RM293.82 juta;

ii. perbezaan dalam rekod kutipan tunai bagi perkhidmatan tren dan bas disebabkan

kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipan

RapidKL yang kurang memuaskan;

iii. bilangan bas sedia guna bagi 4 model bas iaitu Dong Feng 120, Iveco, Dong Feng 75

dan King Long Suzhou hanya mencapai kurang 50% daripada keseluruhan bas sebenar;

dan

iv. peratus bas boleh beroperasi tidak mencapai 100% antaranya disebabkan pemandu

yang tidak mencukupi.

b. Pihak Audit mengesyorkan pihak yang bertanggungjawab mempertimbangkan tindakan

seperti berikut:

i. Lembaga Pengarah RapidKL perlu memastikan pencapaian syarikat dikaji dari semasa

ke semasa bagi memastikan objektif syarikat tercapai, di samping meningkatkan mutu

perkhidmatan pengangkutan awam;

ii. mempertingkatkan pemantauan terhadap kaunter kutipan wang dan membuat

penyesuaian antara tiket perjalanan dengan rekod di penyata juruwang bagi

menyelaraskan rekod kutipan tunai;

iii. mempercepatkan kelancaran proses pembaikan dan penyenggaraan agar perkhidmatan

bas sedia guna dapat dipertingkatkan;

iv. jadual pemandu hendaklah disusun bagi memastikan tidak berlaku kekurangan

pemandu yang bertugas dan mengganggu kelancaran perkhidmatan bas; dan

lix RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!