10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

HOSPITAL TAHUN

Queen Elizabeth

Pulau Pinang

Kuala Lumpur

NILAI PELUPUSAN

(RM)

NILAI STOK

TAHUNAN

(RM)

PELUPUSAN

STOK

2009 1,307 81,127,513 0.002

2010 - 4,329,930 -

2011 24,100 4,048,972 0.59

2009 18,329 23,357,735 0.08

2010 45,917 17,998,224 0.26

2011 10,207 17,765,340 0.06

2009 17,489 21,991,670 0.08

2010 - 23,176,517 -

2011 - 17,866,154 -

Sumber: Laporan Tahunan Pelupusan Stok

Pada pendapat Audit, semua hospital yang dilawati mempunyai pengurusan

kawalan stok yang cekap dan berkesan kerana pengurangan stok usang dan luput

secara langsung dapat mengurangkan nilai pelupusan stok.

37.5.2. Perolehan Melalui Approve Price Product List (APPL)

Perjanjian konsesi bagi pembekalan item APPL yang bermula pada 1 Disember 1994 hingga

30 November 2009 merupakan perjanjian konsesi yang diadakan setelah Makmal Ubat Dan

Stor diswastakan. Kriteria utama digunapakai bagi menentukan item APPL adalah item

tersebut bukan dimasukkan dalam senarai kontrak Kementerian dan item dibekalkan oleh

pengilang bertaraf Bumiputera serta merupakan pembekal Skim Anak Angkat. Seterusnya

pada 25 Ogos 2010, kontrak tersebut telah dilanjutkan selama 10 tahun mulai 1 Disember

2009 hingga 30 November 2019 dengan terma perjanjian konsesi baru. Selaras Appendix 5A

perjanjian konsesi baru, Syarikat Pharmaniaga perlu memastikan bekalan dapat dihantar

dalam masa 7 hari bekerja di Semenanjung Malaysia dan 10 hari bekerja di Sabah dan

Sarawak daripada tarikh Pesanan Tempatan diterima oleh syarikat tersebut.

37.5.2.1. Penyambungan Tempoh Kontrak

Mengikut klausa 12.2 kepada perjanjian konsesi asal, Syarikat Pharmaniaga perlu

memaklumkan kepada Kerajaan tidak kurang daripada 2 tahun iaitu pada 30 November

2007 sebelum kontrak tamat sekiranya ingin melanjutkan tempoh kontrak. Sekiranya

Kerajaan bersetuju rundingan mengenai syarat perjanjian baru, ia hendaklah diadakan

dan perlu dimuktamadkan tidak kurang daripada 1 tahun sebelum kontrak tamat iaitu

pada 30 November 2008. Semakan Audit mendapati Syarikat Pharmaniaga telah

mengemukakan surat permohonan pelanjutan perjanjian konsesi pada 1 Mac 2007.

Bagaimanapun, syarat perjanjian konsesi baru ini hanya dapat dimuktamadkan pada

bulan Februari 2011 iaitu lewat selama 2 tahun 3 bulan.

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 1 Jun 2012

Kementerian telah berusaha mempercepatkan penyediaan terma perjanjian

konsesi baru bagi mengelakkan masalah kelewatan penguatkuasaan terma

perjanjian tersebut. Antaranya, Kementerian perlu membuat persediaan

spesifikasi ICT bagi pembangunan sistem PhIS dan memuktamadkan terma

berkaitan ICT setelah mendapat persetujuan daripada Pihak Unit Kerjasama

Awam Swasta.

Pada pendapat Audit, penyediaan terma perjanjian konsesi baru sepatutnya

dimuktamadkan sebelum 30 November 2008 seperti ditetapkan.

603 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!