10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

GAMBAR 41.19 GAMBAR 41.20

Stor Linen Interchange Kubang Kerian (Radicare)

- Permukaan Atas Rak Linen Berhabuk

(07.06.2011)

e. Standard Cucian

Stor Linen Interchange Kubang Kerian (Radicare)

- Linen Bersih Hanya Ditutup Dengan Kain

Terdedah Kepada Habuk Dan Kotoran

(07.06.2011)

Bagi memenuhi standard Project Operation Guidelines For Linen and Laundry

Services (POG) yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, bahan

kimia dan formula cucian yang digunakan oleh syarikat konsesi hendaklah mendapat

kelulusan daripada Kementerian. Bagaimanapun, pihak Kementerian tidak

mempunyai sebarang rekod berkaitan dengan bahan kimia dan formula cucian yang

digunakan. Maklumat kelulusan tersebut hanya disimpan oleh syarikat konsesi.

f. Ujian Kualiti Linen

Berdasarkan Technical Requirements and Performance Indicators, Perjanjian

Konsesi, tiga ujian perlu dibuat terhadap kualiti linen iaitu Tensile Strength Test

(setiap 4 bulan), pH Level Test (setiap bulan) dan Pathological Test (setiap bulan)

bagi menentukan keputihan, sisa bahan kimia dan kandungan bakteria. Ujian

tersebut hendaklah dijalankan oleh syarikat konsesi dan laporannya dihantar kepada

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan. Bagaimanapun, Tensile Strength Test yang

sepatutnya diadakan setiap 4 bulan tidak dikemukakan laporannya kepada

Kementerian. Berdasarkan maklumat daripada Kementerian, ujian tersebut hanya

dijalankan oleh Syarikat konsesi bagi perolehan linen baru sahaja.

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 1 Jun 2012

Pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian mengenai pelantikan pihak

ketiga oleh syarikat konsesi untuk perkhidmatan dobi kerja pencucian linen

masih belum diperolehi. Bagaimanapun, Kementerian telah mengarahkan syarikat

konsesi memastikan pusat dobi sentiasa mematuhi standard yang dinyatakan

dalam akta yang berkaitan dan perbincangan mengenainya akan dibuat dengan

Jabatan Alam Sekitar. Arahan telah dikeluarkan kepada syarikat konsesi bagi

memastikan prosedur yang telah ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memantau operasi pusat dobi dan

melaksanakan terma kontrak. Pelaksanaan kerja oleh pihak ketiga tanpa mendapat

kelulusan Kementerian akan menyebabkan pematuhan standard tidak dibuat dengan

sempurna. Kementerian juga perlu memastikan ujian yang sepatutnya dilaksanakan

oleh syarikat konsesi dibuat mengikut jadual dan keputusannya dimaklumkan dan

diambil tindakan sewajarnya.

41.5.3. Tuntutan Kehilangan Linen

41.5.3.1. Perkhidmatan linen yang diswastakan kepada 3 syarikat konsesi sejak tahun

1997 melibatkan penggunaan linen secara langsung di dalam proses rawatan pesakit.

Pengiraan bayaran kehilangan linen adalah berdasarkan klausa 6.5 Perjanjian Konsesi

673 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!