10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

15. PENGURUSAN PROGRAM SUBSIDI BERAS KEPADA BERNAS DAN PENGILANG

PADI SWASTA

15.1. LATAR BELAKANG

15.1.1. Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (Kementerian) telah

memperkenalkan 6 jenis bantuan dalam bentuk pemberian atau subsidi dan insentif bagi

industri padi/beras. Pada tahun 2011, Kerajaan telah membelanjakan sejumlah

RM2.331 bilion bagi kesemua jenis bantuan ini. Salah satu daripada bantuan ini adalah

Program Subsidi Beras Kepada Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) Dan Pengilang Padi

Swasta Bagi Pengeluaran Beras Super Tempatan ST15% untuk Semenanjung Malaysia dan

Beras Import S15% untuk Sabah dan Sarawak dengan kandungan beras hancur 15%.

Bagaimanapun, mengikut perjanjian yang dimeterai antara BERNAS dan Kementerian,

BERNAS dibenarkan untuk menggunakan beras import bagi menampung kekurangan beras

super tempatan ST15% bagi Semenanjung Malaysia.

15.1.2. Program Subsidi Beras ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada bulan Ogos

2008 bagi memastikan penyaluran beras jenis ini kepada golongan yang berpendapatan

rendah dapat dikawal dari segi kuantiti bekalan dan harganya. Objektif Program Subsidi

Beras ini adalah untuk menyediakan bekalan beras super tempatan ST15% atau S15% bagi

memenuhi permintaan dan keperluan pengguna yang semakin meningkat; mengekalkan

harga kawalan beras subsidi dari RM1.65 per kg hingga RM1.80 per kg mengikut zon di

peringkat pengguna; dan menampung kerugian pengilang untuk mengeluarkan beras

subsidi.

15.1.3. Program ini pada mulanya dilaksanakan dalam Fasa I iaitu bagi tempoh 6 bulan

berkuat kuasa 1 September 2008 sehingga 28 Februari 2009 dan dilanjutkan sehingga

31 Mac 2009. Pengilang padi swasta dan BERNAS diberi subsidi sejumlah RM800 untuk

setiap metrik tan beras ST15% atau S15% yang dijual kepada pemborong di pintu kilang.

Sasaran pengeluaran adalah sebanyak 94,000 metrik tan (mt) sebulan dan sebanyak 107

pengilang menyertai program ini.

15.1.4. Program ini telah disambung ke Fasa II yang bermula 1 April 2009 hingga

30 September 2009 dan dilanjutkan sehingga kini. Kementerian telah membuat perubahan

program dalam Fasa II di mana pengeluaran beras ini dihadkan kepada BERNAS dan kilang

bumiputera di bawah Program Pusat Belian (SPB) sahaja. Bayaran subsidi telah diturunkan

kepada RM750 bagi setiap metrik tan beras ST15%. Manakala bagi Sabah dan Sarawak,

subsidi yang ditetapkan adalah RM600 bagi setiap metrik tan beras S15%. Sasaran

pengeluaran telah dihadkan kepada 40,000 mt sebulan di Semenanjung Malaysia manakala

di Sabah dan Sarawak dihadkan kepada 20,000 mt sebulan. Sebanyak 69 pengilang telah

menyertai program ini.

15.1.5. Pelaksanaan program ini melibatkan peranan pelbagai pihak. Seksyen Kawalselia

Padi dan Beras (KPB) di Kementerian bertanggungjawab terhadap pemilihan pemborong

beras, mengeluarkan senarai agihan kuota kepada setiap pemborong di samping

memproses tuntutan bayaran subsidi. Selain itu, BERNAS bertanggungjawab untuk

mengeluarkan beras, menentukan pengambilan beras sama ada di Kompleks BERNAS atau

SPB, mengagihkan beras kepada pemborong dan membuat tuntutan bayaran. Carta aliran

proses pelaksanaan program subsidi ini adalah seperti berikut:

195 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!