10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

berdasarkan kadar pertukaran Yen pada bulan Disember 2009) dan

MyFranchise juga telah pun meremitkan sepenuhnya bayaran tersebut.

Semakan Audit selanjutnya mendapati pihak PNS telah pun membuat laporan

polis. Bagaimanapun, tiada tindakan lanjut diambil terhadap bekas proponen

tersebut kerana kes ini berlaku di luar negara.

Maklum Balas Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. Yang Diterima Pada

11 Jun 2012

Setelah pihak pengurusan MyFranchise mengesan dan mengesyaki pemalsuan

dokumen berlaku, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada

11 September 2009 dan perkara ini masih dalam siasatan polis.

Pada pendapat Audit, pengurusan MyFranchise perlu memandang serius

isu ketidakpatuhan seumpama ini dan hendaklah memastikan setiap

urusan pembayaran mematuhi prosedur kawalan dalaman bagi

mengelakkan risiko penyalahgunaan wang.

vi. Kos Yang Tinggi Bagi Menyenggara Aset Yang Belum Dilupuskan

Berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) PNS, aset yang tidak

mempunyai nilai ekonomik untuk digunakan boleh dilupuskan dengan syarat

mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Bagaimanapun, semakan Audit

mendapati masih terdapat aset yang belum dilupuskan iaitu Van Mobile Kitchen

yang dibeli pada tahun 2008 semasa di bawah pengurusan seorang bekas

proponen dengan harga RM100,000 seperti di Gambar 68.1. Ini telah

menyebabkan MyFranchise masih menanggung kos parkir kerana van tersebut

diletakkan di parkir kereta di Hanakoganei iaitu di luar Bandaraya Tokyo.

Sehingga pengauditan selesai dijalankan, status terkini mengenai pelupusan

van tersebut masih belum dikemukakan kepada pihak Audit.

1044

GAMBAR 68.1

Hanakoganei, Jepun

- Van Mobile Kitchen

Masih Belum Dilupuskan

(Sumber: Laporan Audit Dalam PNS)

Pada pendapat Audit, pihak pengurusan PNS perlu mengambil tindakan

segera bagi melupuskan van tersebut untuk mengurangkan kos yang perlu

ditanggung.

Maklum Balas Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. Yang Diterima Pada

11 Jun 2012

Proponen baru yang dilantik sebagai Resident Director JMKK telah memaklumkan

bahawa van tersebut tidak mempunyai nilai komersil lagi dan telah dilupuskan

bagi mengelakkan kos penyenggaraan, pembaikan dan parkir.

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!