10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

30.5.2. Pengurusan Pembinaan/Kerja Naik Taraf

30.5.2.1. Penetapan Lokasi/Justifikasi Projek

Projek hendaklah dirancang dengan teliti supaya pelaksanaannya mencapai objektif

yang ditetapkan. Kementerian ada menyediakan project brief dan kertas cadangan untuk

dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM. Bagaimanapun di peringkat

proses pemilihan projek, Kementerian dan MTPN tidak menyemak kesesuaian tapak

serta melaksanakan kajian kemungkinan terperinci sebelum menentukan viability

sesuatu projek. Penentuan skop kerja serta penentuan lokasi projek juga tidak dirujuk

kepada Jabatan Teknikal serta mengambil kira Pelan Rancangan Pembangunan

Negeri/Bandar di kawasan tapak berkenaan. Kelemahan ini telah menyebabkan 3 projek

pelancongan berjumlah RM5.27 juta tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta

mengalami kerosakan seperti berikut:

NAMA/KOS PROJEK

Peningkatan Kemudahan

Pelancongan di Pantai

Irama dan Bandar

Bachok, (Meliputi 11

Komponen Projek) /

RM2.00 juta.

Peningkatan Kemudahan

Zon Pelancongan Bandar

Kota Bharu Dan Buluh

Kubu Dan Kampung

Kraftangan Kota Bharu/

RM2.84 juta.

Menaiktaraf Kubu

Margherita, Kuching

(Fasa 7) / RM0.43 juta.

JADUAL 30.7

KELEMAHAN BERHUBUNG PENETAPAN LOKASI/JUSTIFIKASI PROJEK

KELEMAHAN PENETAPAN LOKASI/

JUSTIFIKASI PROJEK

Tapak projek berhampiran dengan laut.

Kajian terperinci terhadap kesesuaian lokasi

projek serta rujukan kepada Jabatan

Perparitan dan Saliran (JPS) dan Jabatan

Meteorologi Malaysia (JMM) tidak dibuat.

Tiada kajian terperinci terhadap kesesuaian

lokasi projek. Lokasi sering dilanda banjir

dan berhampiran sungai.

Tapak projek berhampiran dengan laut.

Kajian terperinci terhadap kesesuaian lokasi

projek serta rujukan kepada JPS dan JMM

tidak dibuat.

Justifikasi projek (bahan dan spesifikasi)

tidak dibuat secara terperinci dan tidak

merujuk kepada Jabatan Muzium Sarawak

untuk memulihara bangunan yang berusia

132 tahun.

KESAN

13 wakaf baru berjumlah RM0.19 juta

dibina pada bulan Januari 2008. Dua

daripadanya telah runtuh dan 11 telah

rosak serta tidak dapat diguna.

(Gambar 30.1 dan 30.2)

Restoran terapung di Sungai Petah

bernilai RM0.20 juta siap dibina pada

3 September 2008 telah runtuh pada

bulan Disember 2009.

(Gambar 30.3 dan 30.4)

Pembinaan satu unit replika kubu Jepun

Perang Dunia Ke II dan 2 unit wakaf yang

berjumlah RM0.18 juta siap dibina pada

24 Jun 2008 telah runtuh.

(Gambar 30.5 dan 30.6)

Lawatan fizikal pada 12 Oktober 2011

mendapati cat kubu telah

tertanggal/berkulat serta terdapat

pengaliran air di dinding kubu.

GAMBAR 30.1 GAMBAR 30.2

Wakaf Pantai Irama, Bachok, Kelantan

- Salah Satu Wakaf Yang Telah Runtuh

(Sumber: Majlis Perbandaran Bachok - 2009)

Pantai Irama, Bachok, Kelantan

- Bekas Tapak Wakaf Yang Telah Runtuh

(17.10.2011)

451 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!