10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Pada pendapat Audit, BPP hendaklah memastikan pengurusan kutipan bayaran

balik pinjaman dibuat dengan teratur dengan mengeluarkan APG dan APP dalam

tempoh yang ditetapkan. Pemantauan oleh pihak BPP terhadap

Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan pelaksanaan APG dan APP hendaklah

dibuat secara berkala. Kelewatan pengeluaran APG dan APP akan menyebabkan

tunggakan bayaran balik meningkat.

5.5.5.4. Tindakan Terhadap Peminjam Mungkir Oleh Unit Kawalan Kredit

Unit Kawalan Kredit, BPP menerima Laporan Senarai Peminjam Mungkir yang telah

dijana oleh Seksyen Teknologi Maklumat, BPP. Laporan tersebut mengandungi

maklumat peminjam mungkir pada tahun sebelum. Berdasarkan laporan tersebut, Unit

Kawalan Kredit akan menyemak fail, status peminjam dan mengemaskini akaun

peminjam sebelum mengeluarkan notis tuntutan. Selepas 3 kali notis tuntutan dan

tunggakan bayaran balik pinjaman masih tidak dijelaskan, kes berkenaan akan

dipindahkan ke Seksyen Perundangan. Semakan Audit terhadap tunggakan bayaran

balik pinjaman mendapati perkara seperti berikut:

a. Laporan Senarai Akaun Bertunggakan Sehingga Urusniaga Bulan Disember Tahun

2010 menunjukkan 42,965 peminjam dengan baki tunggakan pinjaman berjumlah

RM721.43 juta. Daripada jumlah tersebut, seramai 28,430 (66.2%) peminjam

mungkir telah dikeluarkan notis tuntutan tunggakan, 10,417 (24.2%) peminjam

mungkir sedang diambil tindakan untuk dikeluarkan notis tuntutan dan 4,118 (9.6%)

peminjam yang mempunyai tunggakan kurang daripada 12 bulan dengan baki

RM16.94 juta masih belum dikeluarkan Notis Tuntutan Tunggakan.

Maklum Balas Bahagian Pinjaman Perumahan Yang Diterima Pada 30 Mei 2012

Sehingga bulan Mei 2012, daripada 4,118 peminjam yang mempunyai tunggakan

kurang dari 12 bulan, hanya 521 fail yang masih belum dikeluarkan notis dan

dijangka dapat diselesaikan pada bulan Jun 2012. Mulai tahun 2012, notis

tuntutan hanya dikeluarkan sekali sahaja dan jika tiada pembayaran balik

diterima, fail akan dikemukakan terus ke Seksyen Perundangan untuk tindakan

undang-undang.

b. Semakan Audit selanjutnya terhadap 54 fail peminjam yang telah dikeluarkan notis

tuntutan tunggakan mendapati BPP mengambil masa antara satu hingga 115 bulan

untuk menghantar notis tuntutan tunggakan. Tempoh yang diambil untuk

mengeluarkan notis tuntutan tunggakan pertama, kedua dan ketiga adalah seperti di

jadual berikut:

TEMPOH MASA

PENGHANTARAN NOTIS

(Bulan)

JADUAL 5.17

TEMPOH MASA YANG DIAMBIL UNTUK

MENGHANTAR NOTIS TUNTUTAN TUNGGAKAN

BIL. NOTIS TUNGGAKAN

PERTAMA KEDUA KETIGA

1 - 12 21 10 1

13 - 24 13 2 -

25 - 60 10 8 2

61 - 100 3 3 1

101 - 115 1 1 -

JUMLAH 48 24 4

Nota: - Terdapat 6 Peminjam Tiada Maklumat Berkaitan Notis Pertama

- Hanya 24 Peminjam Mempunyai Maklumat Berkaitan Notis Kedua

- Hanya 4 Peminjam Mempunyai Maklumat Berkaitan Notis Ketiga

62 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!