10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

(63.8%) melibatkan projek fizikal meliputi 12 lokasi di seluruh negara dengan peruntukan

RM62.35 juta dan selebihnya bagi pembelian peralatan. MOSTI telah menetapkan agar

projek fizikal dilaksanakan secara konvensional dan JKR telah dilantik sebagai agensi

pelaksana. Kesemua projek ini telah diserahkan kepada JKR yang mana proses tender telah

dibuat di Ibu Pejabat JKR dan JKR Negeri, manakala JKR Negeri/Daerah berperanan

sebagai Pegawai Penguasa/Wakil Pegawai Penguasa. Pengauditan yang dijalankan

mendapati pengurusan pembinaan kuarters, stesen dan pejabat JMM adalah memuaskan

dan objektif yang ditetapkan tercapai. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan seperti

berikut:

i. kelemahan dalam perancangan projek;

ii. Perakuan Siap Kerja dikeluarkan sebelum kerja diselesaikan; dan

iii. kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor tidak sesuai/tidak lengkap/tidak mengikut

spesifikasi/tidak berkualiti.

b. Pihak Audit mengesyorkan JKR mengambil tindakan seperti berikut:

i. tegas dalam menguatkuasakan kontrak dan mengambil tindakan ke atas kontraktor yang

melanggar syarat kontrak;

ii. memastikan kontrak ditandatangani dalam tempoh masa yang telah ditetapkan demi

menjaga kepentingan Kerajaan; dan

iii. memantau dan menyelia kemajuan kerja kontraktor dan memastikan kerja yang

dilakukan oleh kontraktor sesuai/lengkap, mengikut spesifikasi dan berkualiti. Kerja yang

tidak mematuhi spesifikasi, tidak sesuai dan tidak berkualiti perlu diambil tindakan

pembaikan.

KEMENTERIAN PELANCONGAN

29. Pengurusan Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan

a. Objektif program penyediaan/peningkatan kemudahan pelancongan adalah untuk menyedia

dan menambahkan lagi kemudahan asas/infrastruktur pelancongan serta membaik pulih dan

menaik taraf kemudahan pelancongan. Kementerian Pelancongan Malaysia (Kementerian)

telah diperuntukkan sejumlah RM795.15 juta dibawah RMKe-9 dan PRE. Jumlah peruntukan

ini adalah untuk melaksanakan 846 projek infrastruktur dan penyenggaraan, di mana ia

meliputi sejumlah RM548.81 juta untuk 210 projek pembinaan infrastruktur dan sejumlah

RM246.33 juta untuk 636 projek penyenggaraan. Setakat bulan Disember 2011 sejumlah

RM772.41 juta (97.1%) telah dibelanjakan. Pada keseluruhannya pengauditan yang

dijalankan mendapati bilangan projek yang dilaksanakan adalah memuaskan di mana

sebanyak 742 (87.7%) daripada 846 projek telah disiapkan. Bagaimanapun, daripada

sampel projek yang diaudit terdapat kelemahan seperti berikut:

i. perancangan projek yang tidak teratur;

ii. bayaran telah dibuat untuk kerja pembinaan/bekalan yang tidak

dilaksanakan/dibekalkan;

iii. kerja pembinaan dan bekalan tidak mengikut spesifikasi serta tidak berkualiti/tidak

memenuhi keperluan pelancongan;

iv. projek tidak digunakan secara optimum/dimanfaatkan; dan

v. penyenggaraan projek tidak memuaskan dan pemantauan projek kurang berkesan.

xxxvi RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!