10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

ii. Student Mall

Sejumlah RM6.30 juta telah diperuntukkan bagi membina Student Mall di 21

universiti (termasuk UiTM Machang) di mana setiap universiti telah

diagihkan RM300,000 antara tahun 2007 hingga 2010. Mengikut syarat

INSKEN, pembinaan Student Mall mestilah dari jenis bangunan kekal,

namun berdasarkan Mesyuarat Penyelarasan PKS Bil. 1 Tahun 2011,

INSKEN membenarkan universiti membeli kiosk mudah alih sebagai ganti

premis perniagaan kekal. Lawatan Audit di 13 universiti mendapati hanya

9 universiti telah menyiapkan Student Mall untuk mahasiswa menjalankan

perniagaan. Bagaimanapun, didapati 8 universiti mengambil masa antara

satu hingga 4 tahun untuk memulakan pembinaan/perolehan kiosk Student

Mall. Antara sebab kelewatan pembinaan/perolehan kiosk Student Mall ialah

perubahan reka bentuk akibat kekangan peruntukan dan pelan bangunan

asal yang tidak menepati syarat Pihak Berkuasa Tempatan. Maklumat lanjut

seperti di jadual berikut:

UNIVERSITI

JADUAL 22.4

PEMBINAAN STUDENT MALL

TAHUN

PERUNTUKAN

DISALURKAN

TARIKH

PEMBINAAN

BERMULA

TEMPOH DIAMBIL UNTUK

MEMULAKAN PEMBINAAN/

PEROLEHAN KIOSK

STUDENT MALL

(Tahun)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2009 2010 1

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 2007 2010 3

Universiti Malaya (UM) 2008 2010 2

Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2007 2011 4

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) 2007 TM Tidak Dapat Ditentukan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2007 TM Tidak Dapat Ditentukan

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 2007 2010 3

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2007 2009 2

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam 2007 2009 2

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang 2007 2011 4

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2007 TM -

Universiti Utara Malaysia (UUM) 2009 Tidak Bina -

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 2010 2010 -

Nota: TM - Tiada Maklumat Kerana Universiti Terlibat Belum Mengemukakan Maklumat Kepada Pihak Audit

Maklum Balas Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Yang

Diterima Pada 5 Jun 2012

INSKEN menjelaskan kelewatan adalah atas sebab teknikal seperti terpaksa

mematuhi syarat Pihak Berkuasa Tempatan dan perlu mendapat kelulusan

pelbagai jabatan di universiti. Secara keseluruhan, tempoh pembinaan tidak

mengambil masa yang lama, sebaliknya tempoh kelulusan daripada pelbagai

Agensi Penguat Kuasa yang melewatkan proses pembangunan projek Student

Mall. Selain itu, kelewatan pembinaan juga disebabkan oleh perubahan reka

bentuk yang diputuskan oleh pihak universiti.

Semakan selanjutnya mendapati setakat akhir bulan Januari 2012,

sebanyak 3 universiti masih dalam proses menyediakan Student Mall iaitu

UM, UMS dan UiTM Machang. Adalah didapati peruntukan pembinaan

Student Mall bagi UM telah disalurkan pada tahun 2008, namun sehingga

tarikh lawatan Audit pada 19 Januari 2012, didapati kerja pembinaan masih

belum siap sepenuhnya (Gambar 22.1). Bagi UiTM Machang, peruntukan

318 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!