10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

ii. Kementerian perlu memastikan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan

diperolehi sebelum sesuatu kerja pembinaan ditawarkan;

iii. Kementerian perlu mengambil tindakan terhadap perunding yang gagal mengambil kira

keperluan tertentu semasa menyediakan reka bentuk bangunan yang menyebabkan

ketidakselesaan dan kesusahan berpanjangan kepada pengguna dengan

menyenaraihitamkan perunding berkenaan daripada mengambil bahagian dalam manamana

projek pembinaan Kerajaan di masa hadapan;

iv. Kementerian melalui perunding yang dilantik perlu memastikan kerja yang dilaksanakan

oleh Kontraktor mematuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan bagi menjamin kualiti

pembinaan;

v. Kementerian/PDRM perlu merancang dan menyediakan kontrak perkhidmatan

pembersihan dan penyenggaraan selepas penyerahan projek oleh Kontraktor bagi

memastikan bangunan yang dibina dan kemudahan yang disediakan sentiasa berada

dalam keadaan baik dan memuaskan bagi projek lain yang dilaksanakan di masa

hadapan; dan

vi. Kementerian dan perunding perlu memastikan semua kerosakan/kecacatan diambil

tindakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya Kontraktor gagal membaiki

kerosakan yang dilaporkan, tindakan pemotongan hendaklah diambil terhadap baki 50%

Wang Jaminan Pelaksanaan yang masih ditahan dan menyelaraskannya semasa

penyediaan akaun muktamad.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

53. Pengurusan Perolehan Peralatan Bantuan Kecemasan

a. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dilengkapkan dengan peralatan bantuan

keselamatan yang sesuai selaras dengan teknologi masa kini bagi melaksanakan

perkhidmatan bantuan kecemasan. Perolehan peralatan bantuan kecemasan ini adalah

melalui kaedah tender yang diuruskan oleh Kementerian Dalam Negeri, manakala perolehan

secara sebut harga dan pembelian terus diuruskan oleh JPAM. Pengauditan yang dijalankan

mendapati secara keseluruhannya pengurusan perolehan peralatan bantuan kecemasan di

JPAM adalah memuaskan. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

i. perolehan enjin bot 60hp ELPT 4-Stroke Mercury di 13 Pejabat Pertahanan Awam

Negeri (PNPA) secara pembelian terus tidak teratur kerana nilai perolehan keseluruhan

melebihi RM50,000;

ii. pegawai yang menerima peralatan di PNPA Kedah tidak dilantik secara bertulis;

iii. terdapat peralatan yang masih belum didaftarkan; dan

iv. lokasi penyimpanan peralatan kurang sesuai/kurang selamat kerana tidak dilengkapi

dengan jeriji besi.

b. Pihak Audit mengesyorkan JPAM mempertimbangkan perkara seperti berikut:

i. memastikan perolehan peralatan bantuan kecemasan dibuat dengan mematuhi

peraturan dan prinsip perolehan Kerajaan;

ii. merancang dengan teliti sebelum membuat perolehan untuk sesuatu tahun supaya

tindakan memecah kecilkan perolehan tidak berlaku;

iii. melantik secara bertulis pegawai penerima aset yang mempunyai kelayakan dan

kepakaran untuk membuat penerimaan dan pemeriksaan peralatan bantuan kecemasan;

iv. memastikan semua peralatan bantuan kecemasan didaftarkan dengan lengkap dan

kemas kini dalam daftar yang ditetapkan termasuk di pejabat JPAM yang tidak dilawati

oleh pasukan Audit; dan

lvi RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!