10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

14.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, rekod, laporan, kertas cadangan dan dokumen

berkaitan. Selain itu, temu bual dengan pegawai yang terlibat dan penerima bantuan turut

diadakan serta melakukan lawatan fizikal ke kawasan Parlimen di negeri yang terpilih.

14.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Oktober 2011 mendapati secara

keseluruhannya, projek ini telah dilaksanakan mengikut perancangan. Bagaimanapun,

keberkesanan pelaksanaan program ini tidak dapat ditentukan memandangkan maklumat yang

menyeluruh tidak diselenggara oleh pihak Kementerian. Selain itu, salah satu objektif program ini

iaitu membantu kumpulan sasar dalam meningkatkan pendapatan secara berterusan masih

belum dicapai sepenuhnya berdasarkan kepada sampel projek yang diaudit. Selain itu, terdapat

beberapa kelemahan dalam pengurusan projek seperti:

i. penyelenggaraan rekod projek;

ii. perbelanjaan peruntukan tidak memuaskan;

iii. tiada garis panduan yang jelas dan komprehensif;

iv. pembinaan infrastruktur/bekalan yang tidak memuaskan;

v. projek/peralatan tidak digunakan; dan

vi. pemantauan kurang berkesan.

Penjelasan lanjut berhubung dengan perkara yang ditemui dan maklum balas Kementerian

adalah seperti di perenggan berikut:

14.5.1. Prestasi Fizikal Projek

14.5.1.1. Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2005 mengenai Garis Panduan Penilaian

Program Pembangunan menetapkan supaya Kementerian/Jabatan melaksanakan

penilaian outcome program pembangunannya untuk memastikan hasil pulangan yang

maksimum daripada peruntukan yang dibelanjakan. Semakan Audit mendapati bagi

tempoh tahun 2009 hingga 2011, Kementerian tidak menjalankan penilaian outcome

bagi PKPP dan Projek Pertanian MPPP yang dilaksanakan oleh agensi pelaksana yang

berkenaan. Sehubungan itu, Kementerian tidak dapat mengenal pasti sama ada PKPP

dan Projek Pertanian MPPP telah mencapai matlamat seperti yang ditetapkan. Pihak

Kementerian hanya memantau dari segi bilangan mesyuarat yang diadakan oleh MPPP

dan bukannya outcome projek.

14.5.1.2. Lawatan Audit yang dijalankan ke kawasan Parlimen Klang, Kapar dan Hulu

Langat, Selangor; Alor Star, Pendang dan Kuala Kedah, Kedah; Ranau, Tuaran dan

Beaufort, Sabah; dan Pagoh, Simpang Renggam dan Gelang Patah, Johor mendapati

rekod prestasi fizikal projek tidak disatukan di peringkat Kementerian. Senarai penerima

bantuan dan prestasi projek hanya diselenggara di peringkat agensi pelaksana sahaja.

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

6 Jun 2012

Penilaian outcome bagi PKPP dan MPPP tidak dibuat oleh Kementerian kerana

kebanyakan projek yang diluluskan adalah bernilai kecil atau berskala kecil yang

terdiri daripada projek-projek berbentuk pemberian atau touch-point project (nilai

di bawah RM10,000) yang bersifat one-off.

Pada pendapat Audit, penilaian outcome perlu dilaksanakan untuk Projek Pertanian

Kawasan Parlimen secara keseluruhan bagi memastikan objektifnya dapat dicapai

secara berkesan dan berterusan.

186 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!