10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Pertahanan Yang Diterima Pada 7 Jun 2012

Menyatakan pihak pembekal dikehendaki mengemukakan Advance Payment

Guarantee (APG) kepada Kementerian dalam tempoh 45 hari selepas tarikh SST

iaitu sebelum atau pada 31 Mac 2006. Bagaimanapun, APG yang dikemukakan

oleh pembekal tidak mengikut format yang ditetapkan di mana nilai matawang

yang digunapakai bukan dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM) tetapi di dalam

matawang Swiss Franc (CHF). Selain itu, Kementerian tidak boleh membuat

bayaran selagi dokumen daripada pihak pembekal kepada pihak bank seperti

invois dan dokumen lain tidak lengkap/lewat dikemukakan. Invois bayaran

kemajuan pertama dan kedua hanya diterima daripada pembekal pada 17 Mei

2006 dan 21 Ogos 2006. Pihak Kementerian perlu membuat pengesahan pada

invois tersebut sebelum pembayaran dapat dibuat.

Pada pendapat Audit, tindakan pihak Kementerian adalah wajar untuk memastikan

prosedur kewangan dipatuhi dan kepentingan Kerajaan terpelihara. Sepatutnya pihak

Kementerian menggesa pihak syarikat mengemukakan dokumen yang diperlukan bagi

mematuhi ketetapan bayaran seperti mana yang disyaratkan di dalam kontrak.

57.3.2. Mengikut kontrak, jam penerbangan bagi keseluruhan fleet pesawat mampu

mencapai 220 jam sebulan. Bagaimanapun, jumlah purata bulanan jam penerbangan

sebenar yang dicapai oleh pesawat PC-7 MK II bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 adalah

hanya antara 46.28 jam hingga 73.36 jam. Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 57.1

JAM PENERBANGAN SEBENAR PC-7 MK II MENGIKUT BULAN

BAGI TEMPOH TAHUN 2009 HINGGA 2011

JUMLAH JAM PENERBANGAN SEBENAR

BULAN BASIC CONTRACT

2009

2010

2011

(Jam)

(Jam)

(Jam)

Januari 220 55.30 210.10 59.60

Februari 220 28.00 93.40 45.70

Mac 220 108.10 56.50 80.10

April 220 27.10 14.10 18.00

Mei 220 72.30 55.80 37.20

Jun 220 30.70 21.00 24.40

Julai 220 41.10 20.10 20.30

Ogos 220 10.40 9.80 27.30

September 220 29.50 22.00 21.85

Oktober 220 130.10 9.30 29.60

November 220 97.80 18.70 47.17

Disember 220 249.90 24.60 187.40

Sumber: Bahagian Kejuruteraan, KTU

57.3.3. Bagi setiap siri kursus yang melibatkan penggunaan pesawat PC-7 MK II, jumlah

pengambilan pelatih juruterbang yang disasarkan adalah seramai 50 orang dan tempoh

masa kursus adalah selama 15 bulan. Bagaimanapun, hanya seramai 18 orang pelatih

juruterbang sahaja telah terpilih untuk memulakan latihan menggunakan pesawat PC-7 MK II

dengan sepenuhnya bermula pada 29 November 2011.

57.3.4. Pihak Audit dimaklumkan, antara faktor yang menyumbang kepada jam penggunaan

pesawat PC-7 MK II yang rendah dan pengambilan pelatih juruterbang yang sedikit adalah

kerana kekurangan jurulatih. Pusat Latihan Terbang (PLTB) I hanya mempunyai seramai 5

jurulatih yang berkelayakan untuk memberi latihan menggunakan pesawat PC-7 MK II.

Mengikut silibus yang dikeluarkan oleh MPLU, setiap 2 pelatih juruterbang memerlukan

seorang jurulatih. Berdasarkan nisbah tersebut, jumlah jurulatih sedia ada tidak mencukupi.

Selain itu, komitmen jurulatih terhadap tugas-tugas lain seperti menghadiri mesyuarat dan

901 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!