10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Jabatan Pengairan Dan Saliran

20. Pengurusan Projek Saliran Bandar

a. Sistem saliran bandar dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS)

melalui 2 kaedah iaitu secara sistem konvensional (rapid disposal) dan sistem saliran bandar

berkonsepkan mesra alam. Bagi tempoh RMKe-9, sejumlah RM130.79 juta di bawah

peruntukan Kerajaan Persekutuan telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek saliran

bandar di seluruh negara. Pengauditan yang dijalankan mendapati pelaksanaan projek di

beberapa lokasi telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu untuk mengatasi

masalah pengurusan air larian hujan seperti mengurangkan kejadian banjir kilat dan

mengawal kualiti air daripada tercemar. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa lokasi

projek yang mengalami masalah kawalan terhadap kuantiti dan kualiti air. Antara kelemahan

yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

i. beberapa komponen saliran yang dipasang/dibina seperti kolam takungan, saluran serta

kawalan sampah dan kelodak tidak dapat berfungsi seperti mana yang dikehendaki

kerana banjir masih berlaku di lokasi pembinaan;

ii. kualiti air tercemar;

iii. komponen yang dipasang terbiar usang dan tidak digunakan lagi;

iv. kapasiti takungan air larian hujan berkurangan;

v. komponen diubah suai/diganti kerana tidak sesuai digunakan;

vi. parit tidak dapat mengalirkan air dengan sempurna dan komponen yang telah dibayar

tidak digunakan; dan

vii. Kajian Pelan Induk yang telah disediakan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

b. Pihak Audit mengesyorkan pihak terlibat mengambil tindakan penambahbaikan seperti

berikut:

i. JPS perlu merancang dan memastikan penyediaan Kajian Pelan Induk dibuat

berdasarkan keutamaan lokasi yang mengalami masalah kritikal dan melaksanakan

projek berdasarkan Kajian Pelan Induk yang dibuat;

ii. JPS perlu mengambil langkah segera bagi mengenal pasti keperluan penyenggaraan

untuk setiap saliran bandar yang telah dibina. Maklumat seperti jenis penyenggaraan,

kekerapan penyenggaraan, kos penyenggaraan, tenaga kerja yang diperlukan serta

implikasi sekiranya kerja-kerja penyenggaraan tidak dilaksanakan perlu disediakan untuk

dijadikan sebagai panduan kepada JPS/PBT;

iii. Kementerian Kewangan wajar menyediakan peruntukan penyenggaraan yang

mencukupi bagi memastikan projek Kerajaan yang telah dilaksanakan dapat

dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan sasaran untuk satu jangka masa yang

panjang;

iv. Kementerian dan JPS disyorkan untuk membuat satu dasar/polisi yang bersepadu

berkaitan pengurusan operasi saliran, antaranya penetapan bidang kuasa serta

tanggungjawab pihak yang berkenaan dari segi operasi dan penyenggaraan saliran,

jenis kos berkaitan yang perlu ditanggung serta guna tenaga yang diperlukan dalam

mengendalikan operasi saliran;

v. Kementerian dan JPS perlu mengamalkan Blue Ocean Strategy dengan mewujudkan

satu Jawatankuasa Koordinasi di antara Kerajaan dan agensi lain bagi membincangkan

masalah berkaitan pengurusan operasi saliran dan menjalankan penyeliaan dan

pemantauan yang berkesan; dan

vi. JPS perlu merancang dengan teliti penentuan kos projek supaya semua komponen

kritikal projek diambil kira.

xxix RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!