10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

SEKOLAH BIL. NAMA SYARIKAT

SM Sains Selangor

SM Teknik Kuala Lumpur

SM Teknik ERT Setapak

TEMPOH KONTRAK/TAWARAN

PERHIDMATAN BMB

MULA AKHIR

NILAI

KONTRAK

(RM)

58. Index Associate Sdn. Bhd. 01.06.2007 31.12.2009 4,087,625

59. Index Associate Sdn. Bhd. 01.01.2010 31.12.2011 3,331,800

60. Tirai Selera 01.06.2007 31.12.2009 4,390,312

61. Syarikat Helwangi Sdn. Bhd. 01.01.2010 31.12.2011 3,763,125

62. Fatimah Gani Sdn. Bhd. 01.06.2007 31.12.2009 3,510,937

63. Jasamaju Enterprise 01.01.2010 31.12.2011 3,045,000

36.5.1.2. Kontrak merupakan perjanjian bertulis yang sah bagi mengikat kedua-dua

pihak dari segi undang-undang. Kedua-dua pihak perlu mematuhi sepenuhnya syarat

perjanjian yang dipersetujui bagi menjamin kepentingan masing-masing. Semakan Audit

terhadap pengurusan kontrak di peringkat BPPA, JPN dan sekolah mendapati perkara

seperti berikut:

a. Kontrak Tidak Ditandatangani

i. Adalah didapati kontrak perkhidmatan BMB telah ditandatangani antara pihak

Kementerian dengan pembekal kecuali kontrak perkhidmatan BMB di 2 sekolah

iaitu SM Agama (Arab) An-Nur, Pontian, Johor dan SAMT Tengku Ampuan

Jemaah, Shah Alam, Selangor. Bagi SM Agama (Arab) An-Nur, Pontian, Johor,

Kementerian telah menawarkan perkhidmatan BMB kepada Jansal Enterprise

melalui tender terbuka bernilai RM2.14 juta bagi tempoh 1 Jun 2011 hingga

31 Mei 2013. Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan kepada syarikat pada

19 Mei 2011. Bagaimanapun, perkhidmatan BMB di sekolah tersebut tidak dapat

dilaksanakan kerana Pengetua sekolah tidak bersetuju dengan keputusan

Kementerian memberikan tender kepada syarikat lain. Sebaliknya mengikut

Pengetua sekolah, perkhidmatan BMB ke sekolah ini telah dijalankan oleh Hajah

Zainab Enterprise.

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Kementerian telah mengadakan perjumpaan dengan pihak-pihak yang terlibat

pada awal tahun 2012 dan telah menubuhkan Jawatankuasa Siasatan terhadap

perkara ini.

ii. Bagi SAMT Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam, Kementerian telah

menawarkan perkhidmatan BMB kepada Pemborong Akal Sdn. Bhd. pada tahun

2009 melalui tender terbuka. Semakan Audit di BPPA, BPI, JPN Selangor dan

SAMT Tengku Ampuan Jemaah mendapati syarikat ini tidak mengemukakan

Bon Pelaksanaan dan tiada perjanjian kontrak yang diikat oleh Kerajaan dengan

pihak kontraktor bagi perkhidmatan BMB yang dilaksanakan. Berdasarkan surat

menyurat daripada BPPA, tempoh bekalan adalah untuk 2 tahun bermula dari

1 Januari 2008 hingga 31 Disember 2009. JPN Selangor memaklumkan bahawa

antara sebab kontrak tidak ditandatangani ialah pihaknya menunggu Bon

Pelaksanaan yang akan dikemukakan oleh kontraktor, namun sehingga tamat

tempoh tawaran, kontraktor gagal menyerahkan Bon Pelaksanaan dan kontrak

tidak diikat sehingga tamat tempoh perkhidmatan BMB.

573 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!